Nama : Noor Farahana Bt Halim
Umur : 24 Tahun
Ahli : 2010
Latar belakang
Bagi mengisi masa terluang dan minat, beliau mengambil tempahan berasaskan bakery. Antara beberapa produk makanan yang beliau hasilkan adalah cheese tart pelbagai perisa, pizza, apam dan juga pelbagai jenis lagi kuih raya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, promosi perniagaan beliau hanya dikenali dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja. Kaedah promosi beliau adalah melalui hebahan dari mulut ke mulut sahaja dan pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau. Dahulunya pelanggan beliau hanyalah dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja, namun kita pelanggannya lebih ramai dan ia dikalangan serata pelosok tempat terutamanya di daerah Pendang ini. Beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda daripada sebelumnya. Selain itu beliau turut menjadikan internet sebagai sumber rujukan beliau dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai produk yang beliau hasilkan supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelangganya.