Nama   :  Nur Era Fazzira Binti Omar Bakhi
Umur    :  26 Tahun
Ahli      :  2010

Latar belakang

Cik Nur Era Fazzira Binti Omar Bakhi merupakan seorang usahawan sepenuh masa yang mengambil tempahan menyiapkan pakaian tradisonal dan moden. Selain itu beliau turut menghasilkan beberapa pakaian khas untuk tujuan sewaan bagi majlis tertentu iaitu majlis bertunang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan  ICT atau  mengunjungi PEDi, promosi dan tempahan perniagaan hanya dilakukan secara hebahan dari mulut sahaja. Jumlah pelanggan adalah dikalangan masyarakat sekeliling atau mereka yang pernah membuat tempahan sahaja. Selain itu ilmu mengenai perniagaan secara online juga amat cetek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dalam bidang perniagaan jahitan, beliau mengambil tempahan menjahit pakaian mengikut citarasa dan kehendak pelanggan. Perkembangan fesyen di negara kita kini semakin berkembang maju. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak boleh leka kerana bimbang akan ketinggalan dalam memperolehi maklumat- maklumat terkini mengenai dunia fesyen. Jadi di sini internet memainkan peranannya dalam memastikan bahawa  beliau  memperolehi setiap maklumat yang diperlukan. Selain itu, beliau juga  menjalankan perniagaan secara online. Promosi dan tempahan  boleh dibuat oleh pelanggan melalui emel, facebook, whatsapp dan sebagainya. Kaedah ini dilihat lebih mendatangkan kesan positif berbanding cara hebahan dari mulut ke mulut.