Nama : Siti Iliani Hasmida Binti Harun
Umur : 20 Tahun
Ahli : 2012
Latar belakang
Siti Iliani Hasmida telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital PEDi sejak tahun 2012. Jadi ini bermakna beliau telah menjadi ahli selama hampir 7 tahun ketika masih lagi menuntut di peringkat persekolahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT, beliau sebenarnya telah pun tahu cara menggunakan internet. Tetapi kebanyakkan masa melayari internet digunakan adalah untuk tujuan komunikasi dan hiburan. Beliau melayari internet untuk berkomunikasi melalui facebook dan hiburan melalui youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli pada tahun 2012, beliau tidak melepaskan peluang yang ada untuk mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang telah diadakan. Antara kelas pembelajaran yang telah beliau ikuti adalah kelas asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, e-pembelajaran dan emel. Kini beliau masih lagi dalam kelas pembelajaran yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital PEDi bagi memastikan bahawa segala ilmu yang diperolehi tidak akan lupa begitu sahaja. Jika dahulunya beliau kerap melayari youtube untuk tujuan hiburan, kini petugas Pusat Ekonomi Digital PEDi berjaya membuka minda beliau supaya menjadikan aktiviti melayari youtube sebagai salah satu medium untuk mendapatkan maklumat. Kini beliau banyak melayari internet terutamanya youtube untuk tujuan aktiviti diy (do it yourself), penggunaan emel dan sebagainya yang bersesuaian.