Nama   : Mazerah Bt Hamzah
Umur    : 59 Tahun
Ahli      : 2013

 

Latar belakang

Puan Mazerah Binti Hamzah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan urutan tradisional melayu. Beliau membuka sebuah kedai yang diberi nama

 “ Urutan Tradisional Melayu Pendang “ yang  beralamat di No. 14 Bangunan Kemboja, Pendang Square, 06700 Pendang Kedah.

Beliau menyediakan perkhidmatan urutan kesihatan, urutan berpantang dan selepas berpantang, rawatan angin, rawatan mandian, bertangas, lulur dan rawatan resdung.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, perniagaan beliau hanya dikenali di kalangan individu tertentu sahaja. Kaedah promosi beliau hanya melalui edaran risalah, banner dan hebahan mulut ke mulut. Pelanggannya terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mendaftar menjadi ahli PEDi Felda Sungai Tiang pada November 2013. Selepas penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau telah mengikuti beberapa siri kelas atau kursus pembelajaran ICT yang diadakan di PEDi . Beliau telah mendapat idea-idea yang bernas bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Perniagaan yang beliau jalankan mula dikenali dengan meluas dan cepat. Hal ini adalah kerana hanya melalui hujung jari, beliau boleh mempromosikan perniagaannya secara online. Dahulu pelanggannya hanya di kalangan komuniti setempat, kini ada di antaranya adalah pelancong asing yang melancong di negara kita.  

Bukan itu sahaja, kini beliau bukan sahaja memberi perkhidmatan mengurut yang  bertempat di premis perniagaannya sahaja, beliau banyak mendapat tempahan untuk turun ke lokasi-lakosi yang dikehendaki. Tempahan yang diterima semakin bertambah dan pendapatan bertambah berlipat kali ganda daripada sebelumnya.

Beliau turut mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam dashboard PEDi iaitu My Shop yang mana ia membantu komuniti sekitar mengiklankan seterusnya mempromosikan perniagaan mereka