Nama :Nurul Izana Bt Johari
Umur : 24 Tahun
Ahli : 2011
Latar belakang
Cik Nurul Izana Bt Johari merupakan seorang belia yang berumur 24 tahun dan masih belum berkahwin. Beliau amat meminati bidang peniagaan. Beliau telah mendaftar ahli sejak 2011 semasa berumur 18 tahun. Kini sudah 6 tahun beliau menjadi ahli.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut.. Disebabkan kaedah promosi melalui cara tersebut, pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Pendedahan dan pengetahuan mengenai kewujudan perniagaannya adalah terhad. Pelanggannya tidak ramai dan pendapatan yang diperolehi tidak memuaskan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau telah menghadiri beberapa kelas atau kursus yang diadakan di Pusat Internet. Dengan adanya pengetahuan ICT, beliau telah mendapat beberapa idea untuk memajukan lagi perniagaan beliau. Perniagaan yang beliau jalankan mula dikenali oleh orang ramai melalui kaedah promosi secara online. Orang ramai boleh melihat produk jualan beliau melalui facebook dan whatsapp. Tempahan yang diterima pula semakin bertambah dan pendapatan bertambah berlipat kali ganda daripada sebelumnya.
Beliau turut mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam dashboard PEDi iaitu My Shop yang mana ia membantu komuniti sekitar mengiklankan seterusnya mempromosikan perniagaan mereka
Kini, perniagaan beliau mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan beliau sentiasa memastikan bahawa beliau dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggannya.