Nama : Muhammad Amin Bin Azami
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Adik Muhammad Amin berumur 12 tahun dan kini sedang belajar dalam tahun 6 dan bakal menghadapi peperiksaan UPSR . Beliau telah menjadi ahli sejak tahun 2016. Ini bermakna sudah 2 tahun beliau menjadi ahli dan menggunakan perkhidmatan serta mengikuti kelas dan program yang dijalankan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT, beliau tiada asas pengetahuan dalam ilmu ict. Sumber rujukan dalam pembelajaran adalah buku, guru dan rakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli, beliau telah mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang telah diadakan. Antara kelas pembelajaran yang telah beliau ikuti adalah kelas asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet dan emel. Bermula dari seorang yang tiada asas mengenai ilmu ict, kini beliau sudah mahir dalam segala urusan yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran beliau seperti carian maklumat, menyiapkan kerja kursus dan juga E-pembelajaran seperti aplikasi pembelajaran dan kuiz bagi memahirkan serta menajamkan lagi minda beliau. Beliau kini sedang belajar dalam tahun 6 dan bakal menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Beliau menjadikanPusat Ekonomi Digital PEDi sebagai tempat mengulangkaji pelajaran, pusat carian maklumat dan tempat perbincangan bersama rakan-rakan.