Nama : Nurridhwana Bt Ridzuan
Umur : 22 Tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Cik Nurridhwana merupakan seorang belia yang bekerja sebagai tukang jahit di kedai jahitan. Bagi mengisi masa terluang, minat terhadap perniagaan dan keinginan untuk menambah sumber pendapatan, beliau menjalankan perniagaan secara online menjual makanan dan barangan wanita. Antara barangan yang dijual oleh beliau adalah kuih kapit, beg tangan wanita, scar wanita, kasut wanita serta produk kecantikan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, kaedah promosi perniagaan beliau adalah melalui teknik hebahan mulut ke mulut. Kaedah promosi ini menyebabkan produk jualan beliau hanya dikenali dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja.. Sumber pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap yang agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau melalui kelas-kelas ICT yang telah diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar mengenai cara mempromosikan perniagaan secara atas talian, teknik pengeditan imej produk dan sebagainya. Pelanggan beliau sebelum ini hanyalah dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja, namun kita pelanggannya lebih ramai dan ia terdiri dikalangan serata pelosok tempat terutamanya di daerah Pendang ini. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda daripada sebelumnya.