PAMERAN SEMPERNA KARNIVAL PENGGUNA BERSEMPERNA SAMBUTAN JUBLI PERAK PERSATUAN PENGGUNA KEDAH
Tarikh : 2 sehingga 3 Disember 2017
Masa : 9.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
lokasi : Mini Stadium Pendang, Pendang, Kedah Darul Aman.
Peserta : 70 Peserta
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengadakan pameran semperna Karnival Pengguna yang diadakan.
Aktiviti
Aktiviti utama program tersebut adalah taklimat dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan klik dengan bijak, online grooming, mobile e-waste dan check your label. Antara aktiviti yang dilakukan adalah dam ular klik dengan bowling, bowling ict, kuiz dan juga teka silang kata.
PERLANCARAN MENARIK DI PENDANG
Tarikh : 23 - 26 November 2017
Masa : 9.00 Pagi- 10.00 Malam
Tempat : Mini Stadium Pendnag
Peserta : 200
Tujuan
“Menarik Di Pendang” merupakan satu inisiatif yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memperkasakan daerah Pendang sebagai destinas tarikan pelancong. Ini termasuklah memperkenalkan destinasi makanan yang popular, tempat pelancongan, lokasi penginapan serta produk-produk usahawan tempatan yang boleh diketengahkan. Pusat Internet Kluster Pendang bertindak sebagai pelaksana bagi menjayakan agenda “Menarik Di Pendang”. Dengan itu, pelancaran Menarik Di Pendang bertujuan untuk menghebahkan kepada umum secara rasmi berkaitan Menarik Di Pendang sebagai satu platform untuk mengetengahkan dan memajukan daerah Pendang sebagai destinasi yang dikenali ramai dari segenap aspek termasuk sosio-ekonomi, politik, pendidikan, dan kebudayaan. Pelancaran Menarik Di Pendang ini diadakan sempena dengan sambutan Program Pesta Pendang 2017 yang berlangsung selama empat hari daripada 23 hingga 26 November 2017.
Antara objektif yang ingin disasarkan adalah:
I. Memperkenalkan platform Menarik Di Pendang dan tujuannya diwujudkan kepada seluruh masyarakat.
II. Mewujudkan hubungan dua hala antara dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi tujuan menjayakan Menarik Di Pendang.
III. Mengeratkan hubungan bersama antara pemimpin tempatan serta masyarakat seluruhnya bagi kemajuan daerah Pendang.
IV. Memperkasakan dan memajukan daerah Pendang sebagai destinasi yang dikenali ramai dari segenap aspek.
V. Menggalakkan penyertaan menyeluruh komuniti dalam menjayakan Menarik Di Pendang
VI. Menerima maklum balas dan cadangan komuniti setempat untuk tujuan penambahbaikan perkhidmatan yang sedia ada.
Aktiviti
- Jualan dan Pameran
- Himpunan Perdana Pelajar-pelajar Taklim Daerah Pendang
- Malam Kesenian Islam (Ceramah Agama oleh Datuk Ustaz Kazim Elias)Bengkel Kesenian Masyarakat Siam
- Hari Keluarga LPPKN
- Persembahan Kebudayaan Masyarakat Siam
- Upacara Perasmian Pembukaan Pesta Pendang 2017 dan Pelancaran “Menarik Di Pendang”
- Persembahan Mek Mulung dan Tarian Kebudayaan
- Pertandingan Memancing dan Fun Ride Pesta Pendang
Sukan Rakyat
Persembahan Pentas oleh Artis Terkenal
Pertandingan Masakan Tradisional/Menu Rakyat
Persembahan Ghazal Party - Gambar disini
PERTANDINGAN DAM ULAR KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 13 November 2017
Masa : 2.15 Petang sehinggan 4.15 Petang
lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang
Peserta : 7 Orang
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta tentang risiko yang mungkin dihadapi apabila seseorang itu melayari internet kerana mereka mungkin terdedah kepada risiko seperti penipuan dan buli siber. Dengan adanya aktiviti ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka supaya lebih berhati-hati dan beringat ketika melayari internet bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak diingini.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan ringkas mengenai klik dengan bijak. Setelah setiap peserta memahami maklumat yang disampaikan oleh petugas, pertandingan dam ular klik dengan bijak dimulakan. Peserta yang sampai terlebih dahulu dipetak yang ke 100 merupakan juara bagi pertandingan ini.
Program Hari Dashboard Komuniti 2017
Tarikh : 18 November 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi sehingga 2.00 Petang
lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang,
Pejabat Sebelah Pusat Khidmat Adun Sungai Tiang,
Felda Sungai Tiang,06750 Pendang,Kedah Darul Aman.
Peserta : 71 Peserta
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kemudahan dan kebaikan dashboard komuniti.
Aktiviti
Aktiviti utama program tersebut adalah aktiviti yang berkaitan dengan dashboard komuniti.Aktiviti dashboard merangkumi taklimat modul-modul, muat turun aplikasi dashboard komuniti, my health (pemeriksaan kesihatan), My Komuniti (hebahan komuniti setempat), My Soal (aduan komuniti setempat) dan my shop (produk usahawan).
ADVOKASI SEMPERNA FESTIVAL KONVOKESYEN UNIMAP KE 12
Tarikh : 1 November 2017
Masa : 9.00 Pagi sehingga 1.00 Petang
lokasi : Universiti Malaysia Perlis
Peserta : 120 Orang
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga komuniti Unimap tentang advokasi yang terdiri daripada Online Grooming, Mobile E-waste, Klik Dengan Bijak dan Check Your Label.
Aktiviti
Program ini telah disertai oleh 8 buah Pusat Internet yang terdapat di daerah Pendang. Antara Pusat Internet tersebut adalah Pusat Internet Felda Sungai Tiang, Pusat Internet Sg Korok, Pusat Internet Pondok Chegar, Pusat Internet Bukit Raya, Pusat Internet Bukit Jenun, Pusat Internet Paya Mengkuang, Pusat Internet Bukit Sekechong dan Pusat Internet Kubur Panjang.
Satu booth telah diadakan oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang dan setiap pengunjung yang hadir ke booth Pusat Internet akan diberikan penerangan ringkas mengenai Online Grooming, Mobile E-waste, Klik Dengan Bijak. Dan Check Your Label.
Online grooming adalah pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mengikut arahan pemangsa untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan dan jenayah.
Mobile E-waste merupakan satu kempen yang diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengitar semula telefon lama. Hal ini adalah kerana bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi dan mengandungi komponen berbahaya yang boleh mencemarkan alam sekitar serta kesihatan manusia.
Klik Dengan Bijak merupakan kempen yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua tentang risiko yang mungkin dihadapi apabila seseorang itu melayari internet. Internet mempunyai kebaikannya, namun kita haruslah beringat bahawa ia juga mempunyai keburukan jika disalahgunakan. Melalui internet, seseorang itu mungkin terdedah kepada risiko seperti penipuan dan buli siber.
Check Your Label adalah kempen untuk menggalakkan orang ramai supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai tanda pengesahan peralatan tertsebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Orang ramai boleh memeriksa label peralatan tersebut melalui aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web.