CREATIVE TIME TABLE
Tarikh : 24 Februari 2018 Masa :10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi :Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan adalah untu memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik dan cara penggunaan Microsoft office iaitu word dalam penghasilan jadual belajar yang menarik dan kreatif. Secara tidak langsung sedikit sebanyak ia mampu menarik minat peserta untuk mengulangkaji pelajaran.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan tentang fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft word. Selepas itu, mereka diajar bermula dari langkah ke langkah tentang teknik penggunaan Microsoft word dalam menghasilkan jadual belajar seperti menghasilkan kotak, menukar saiz dan jenis tulisan serta teknik memasukkan gambar yang menarik.
Setelah peserta memahami maklumat yang disampaikan dan tahu menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft word, mereka diberi tugasan untuk menghasilkan sendiri jadual belajar mengikut kreativiti mereka sendiri.
DASHBOARD (MUDAHNYA DENGAN MY KOMUNITI)
Tarikh : 23 Februari 2018 Masa :3.30 Petang sehingga 4.30 Petang Lokasi :Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 10 Peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan dan penerangan kepada komuniti setempat mengenai fungsi dashboard iaitu my komuniti sebagai satu cara untuk komuniti setempat membuat hebahan, pengumuman dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan aplikasi dashboard ini. Perkara pertama untuk menggunakan aplikasi ini adalah dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet. Seterusnya log masuk ke laman sesawang dashboard. Setiap peserta yang meyertai kelas ini diberi penerangan mengenai langkah-langkah yang harus diikuti jika mereka ingin membuat hebahan atau pun pengumuman.
BENGKEL KEMASKINI DATA MURID SPI/KAFA
Tarikh : 15 Februari 2018
Masa : 9.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 35 Peserta |
Tujuan
Mengemaskini data murid SPI/KAFA dan mempromosikan kewujudan Pusat Internet Felda Sungai Tiang
Aktiviti
Guru-guru yang terlibat mengemaskini data murid SPI/ KAFA. Disamping itu mereka turut diperkenalkan kepada kemudahan dan aktiviti-akitviti yang dijalankan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang.
KELAS E-PEMBELAJARAN (APLIKASI PEMBELAJARAN)
Tarikh : 23 Februari 2018 Masa :10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi :Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 5 Peserta |
Tujuan
Kelas e-pembelajaran ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta di kalangan pelajar sekolah rendah melatih dan menambahkan lagi pengetahuan mereka dalam kemahiran pengiraan, bacaan, ejaaan dan berfikir melalui permainan-permainan pendidikan yang terdapat pada web-web tertentu.
Aktiviti
Setiap peserta dikehendaki melayari laman web yang berunsurkan pendidikan dan seterusnya membuat latihan atau aktiviti yang ada di dalamnya. Antara aktiviti yang peserta lakukan adalah aktiviti mewarna secara online, pengiraan, bacaan, ejaaan dan kemahiran berfikir seperti puzzle.
KELAS MICROSOFT OFFICE EXCEL
Tarikh : 8 Februari 2018 Masa : 10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi penggunaan Microsoft Excel. Ia digunakan untuk merekod data seperti alamat, data kewangan perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan, membuat pengiraan dan juga untuk membuat carta dan graf.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar mengenai fungsi dan cara penggunaan Microsoft Excel. Bagi memastikan peserta dapat memahami dengan lebih jelas penggunaannya, latihan diberikan yang merangkumi cara perekodan data, membuat pengiraan dan juga carta serta graf.