CREATIVE GREETING CARD RAYA ACTIVITY

Tarikh      : 23 Mei 2018

Masa      :  2.30 Petang sehingga 4.30 Petang

Lokasi    :  Pusat Interent  Felda Sungai Tiang    

Peserta :   5 Peserta

 

TUJUAN

  • Memberi pendedahan kepada peserta Sekolah Rendah mengenai penggunaan Microsoft Office Word selain daripada tujuan menaip dan menulis surat semata-mata.  Aktiviti ini diadakan untuk melatih dan mendidik peserta supaya kreatif dalam penghasilan kad ucapan hari raya.

 

AKTIVITI

Melalui penggunaan Microsoft Office Word, peserta dikehendaki menyiapkan 1 kad ucapan " Selamat Hari Raya Aidilfitri " yang kreatif, kemas dan menarik. Mereka harus menggunakan setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word tersebut. 

Gambar di sini

 

 

MICROSOFT OFFICE WORD (KERJA KURSUS PT3)

Tarikh      : 18 Mei 2018

Masa      : 10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari

Lokasi    : Pusat Interent  Felda Sungai Tiang    

Peserta :  2 Peserta

 

TUJUAN

  • Memberi tunjuk ajar dan membantu peserta kepada penggunaan Microsoft Office Word dalam usaha untuk memastikan bahawa mereka dapat menyiapkan kerja kursus mata pelajaran Sejarah PT 3 dengan lengkap dan sempurna seperti yang dikehendaki.

 

AKTIVITI

Penggunaan Microsoft Office Word

Gambar di sini

 

FIND ME ONLINE ACTIVITIES (WORD SEARCH PUZZLES)

Tarikh      :28 April 2018

Masa      :10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 6 Peserta

Tujuan

Aktiviti ini diadakan untuk menguji kepantasan dan kecekapan berfikir serta ketajaman penglihatan  peserta dalam mencari sesuatu perkataan. Ia mendidik peserta supaya menjadi lebih teliti dan sabar dalam mecari perkataan tertentu di sebalik himpunan huruf-huruf yang berselerakan.

Aktiviti

Peserta dikehendaki mencari perkataan-perkataan berbahasa Inggeris yang terdapat di laman web search puzzles. Mereka mesti mencari dan menyelesaikan perkataan-perkataan yang dikehendaki dengan pantas dan betul.

Gambar disini

 

TAYANGAN VIDEO KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh      : 6 Mei 2018

Masa      : 2.30 Petang sehingga 3.30 Petang

Lokasi    : Pusat Internet  Felda Sungai Tiang

Peserta :  6 Peserta

 

TUJUAN

  • Memberi pendedahan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) yang merupakan  sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral.

AKTIVITI

Tayangan video pendek Klik Dengan Bijak (KBD)

Gambar disini

 

JEJAK ADVOKASI BERSAMA KOMUNITI POKOK SENA SEMPERNA HARI TERBUKA PI POKOK SENA  DENGAN KERJASAMA JOBS MALAYSIA

Tarikh     : 21 April 2018

Masa      : 8.30 Pagi sehingga 1.00 Tengahari

Lokasi    : Dewan Komuniti Kg Jambu, Pokok Sena

Peserta :  80 Peserta

Tujuan

  • Memberi pendedahan dan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak (KDB). Ia merupakan  sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang berlangsungnya program. Antara program yang diadakan adalah taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak, musang berjanggut, teka silang kata dan juga puzzle.

Gambar disini