PENGENALAN KEPADA INTERNET

Tarikh      : 28 Mac 2018

Masa      : 2.30 Petang sehingga 4.30 Petang

Lokasi    : Pusat Interent Felda Sungai Tiang

Peserta : 5 Peserta

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang kebaikan dan keburukan serta kegunaan internet untuk mencari maklumat terutamanya yang berkaitan dengan pelajaran.

Aktiviti

Peserta di ajar kepada cara menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat.

Gambar disini

JEJAK ADVOKASI KOMUNITI BUKIT JENUN  BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA ZON 7

Tarikh  : 17 Mac 2018

Masa  : 8.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari

Lokasi : Pusat Interent Pekan Bukit Jenun

Peserta : 50 Peserta

Tujuan

Tujuan aktiviti  ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta  tentang risiko yang mungkin dihadapi apabila seseorang itu melayari internet kerana mereka mungkin terdedah kepada risiko seperti penipuan dan buli siber. Dengan adanya aktiviti ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka supaya lebih berhati-hati dan beringat ketika melayari internet bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak diingini. 

 Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program tersebut adalah penerangan ringkas mengenai KDB, kuiz KDB, teka silang kata, dan dam ular KDB.

Gambar di sini

PENDAFTARAN ONLINE KEMASUKAN KE TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 

Tarikh           : 7 Mac2018 

Masa            : 10:00 Pagi sehingga 12:00 Tengahari

Lokasi          : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta        : 3 Peserta

Tujuan

Membantu dan mengajar ibu bapa tentang teknik mengisi sistem pendaftaran dalam talian  untuk kemasukan ke tahun 1 dan permohonan kemasukan ke prasekolah.

Aktiviti

Permulaannya peserta diajar untuk mencipta akaun email. Setelah itu mereka diajar cara membuka lawan web pendaftaran kemasukan ke tahun 1 dan prasekolah serta mengisi semua maklumat yang diperlukan.

Gambar di sini

 

KURSUS MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL DAN POWERPOINT) BERSAMA MINI RTC SG TIANG

Tarikh            :16 Mac 2018

Masa            : 9:00 Pagi sehingga 5:00 Petang

Lokasi           : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta        : 15 Peserta

Tujuan

Pendedahan dan pengenalan  mengenai microsoft office iaitu word, excel dan powerpoint.

Aktiviti

Program dijalankan selama 8 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Peserta diberi tunjuk ajar mengenai fungsi dan cara penggunaan word, excel dan powerpoint melalui latihan-latihan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak peserta.

Gambar di sini

 

KELAS MICROSOFT WORD (SURAT RASMI)

Tarikh           : 28 Februari 2018

Masa            : 9.30 Pagi sehingga 10.30

Lokasi          : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta        : 1 Peserta

Tujuan

Aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi  pendedahan kepada peserta tentang teknik dan cara penggunaan Microsoft office iaitu word dalam penghasilan surat rasmi ataupun surat permohonan. yang menarik dan kreatif. 

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan tentang fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft word dalam penghasilan surat rasmi dan peserta dikehendaki menghasilkan sehelai surat rasmi sebagai latihan.

Gambar di sini