TAYANGAN VIDEO KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Tarikh         : 4 Januari 2018

Masa          :  2.30 Petang sehingga 3.30 Petang

lokasi          : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta       : 4 Peserta

 

Tujuan

Peserta yang hadir diberi pendedahan kepada panduan keselamatan yang harus mereka amalkan semasa menggunakan internet melalui tayangan beberapa video pendek. Hal ini amatlah penting bagi mengelakkan mereka daripada terdedah kepada risiko-risiko yang tidak diingin yang boleh membawa kepada kemudaratan seperti penipuan dan sebagainya.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa  video pendek yang memaparkan beberapa kisah yang melibatkan permasalahan dan penipuan yang sering berlaku yang membabitkan penggunaan internet. 

Gambar di sini

 

MAJLIS BACAAN YASSIN

Tarikh         : 1 Januari 2018

Masa          :  3.00 Petang sehingga 6.00 Petang

lokasi          : Pusat Internet Kg Paya Mengkuang

Peserta       : 30 Peserta

Tujuan  

Majlis bacaan Yassin ini diadakan bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada petugas-petugas Pusat  yang menerima ujian dan dugaan dari Allah S.W.T. Disamping itu ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara petugas Pusat Internet Kluster Pendang dengan komuniti setempat.

 Aktiviti

Program diadakan selama 3 jam bermula pada jam 3 petang sehingga 6 petang.Tepat jam 3 petang komuniti setempat iaitu golongan wanita dan petugas-petugas Pusat Internet Kluster Pendang bersama-sama mengadakan bacaan Yassin. Setelah selesai diadakan bacaan Yassin, satu jamuan ringan telah diadakan.

Gambar disini

 

 

KELAS E-PEMBELAJARAN (PERMAINAN PENDIDIKAN)

 

Tarikh         : 16 Disember 2017 

Masa          :  10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

lokasi          : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta       : 6 Peserta

 

Tujuan  

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta membuat ulangkaji semasa cuti sekolah bagi subjek matematik melalui latihan-latihan  yang disediakan di  laman web yang berunsurkan permainan pendidikan.

 

Aktiviti

Peserta dikehendaki menjawab semua soalan matematik yang disediakan di laman web berunsurkan permainan pendidikan. Peserta dikehendaki  menjawab dengan betul setiap soalan yang diajukan. Aktiviti ini dapat membantu peserta untuk mengisi masa lapang semasa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah dan secara tidak langsung mereka turut dapat mengulangkaji pelajaran teruatamanya subjek matematik pada sesi kelas pada kali ini.

Gambar di sini

 

 

KELAS MICROSOFT OFFICE (WORD)

Tarikh         : 27 Disember 2017 

Masa          :  10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

lokasi          : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta       : 2 Peserta

 

Tujuan  

Tujuan kelas Microsoft Word diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan peribadi seperti menulis surat, resume, membuat kertas kerja  dan sebagainya.

Aktiviti

Peserta pada permulaanya diberikan penerangan dan tunjuk ajar mengenai fungsi dan cara penggunaan Microsoft Word. Setelah mereka dapat menguasai ilmu yang disampaikan, mereka diberikan latihan bagi memahirkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa yang diajarkan.

Gambar di sini

KELAS MULTIMEDIA (VIDEO)

 

Tarikh         : 13 Disember 2017 

Masa          :  10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari

lokasi          : Pusat Internet Felda Sungai Tinag

Peserta       : 2 Peserta

 

Tujuan  

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam menghasilkan video pendek yang menarik dan kreatif. Pelbagai aplikasi boleh digunakan dalam menghasilkan sesebuah video antaranya aplikasi Powtoon.

 

Aktiviti

Bagi menghasilkan sebuah video yang menarik dan kreatif, peserta diajar menggunakan aplikasi Powtoon. Pada permulaan kelas, petugas memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara penggunaan powtoon. Setelah semua peserta memahami apa yang disampaikan oleh petugas, mereka dikehendaki menghasilkan sebuah video pendek yang menarik dan kreatif mengikut kreativiti mereka sendiri.

Gambar di sini