ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
Tarikh : 28 Jun 2018 Masa : 2.00 Petang sehingga 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 25 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan memberi pendedahan kepada peserta mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) yang merupakan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam usaha untuk membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral. Selain itu aktiviti ini diadakan untuk menerangkan betapa bahayanya penyebaran maklumat palsu.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
- Kuiz Klik Dengan Bijak
- Aktiviti Radio Buruk ( Penyampaian maklumat dari seorang individu kepada individu yang lain melalui pendengaran dan percakapan)
TYPING TEST ENGLISH
Tarikh : 20 Jun 2018 Masa : 2.15 Petang sehingga 4.15 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti Typing Test English ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menaip dikalangan peserta. Selain itu ia bertujuan untuk memahirkan peserta dengan penggunaan perkataan di dalam bahasa Inggeris.
AKTIVITI
Melalui laman web 10FastFingers.com, peserta dikehendaki menaip semula ayat-ayat berbahasa inggeris yang terdapat di dalamnya dengan tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan.
WORLD QURAN HOUR
Tarikh : 7 Jun 2018 Masa : 11.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Tabika Kemas Sungai Tiang Peserta : 60 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam agar mendekatkan diri dan memperingati Al-Quran.
AKTIVITI
Petugas Pusat Internet , Petugas Pepustakaan Desa Sungai Tiang, guru-guru dan pelajar Tabika Kemas 1,2,3 dan 4 bersama-sama membaca, memahami dan mengamalkannya.
E-PEMBELAJARAN ( AKTIVITI PENGUKUHAN MATEMATIK )
Tarikh : 9 Jun 2018 Masa : 2.00 Petang sehingga 4.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 11 Peserta |
TUJUAN
Semperna cuti sekolah yang telah bermula aktiviti ini diadakan bagi memastikan bahawa para pelajar tidak melupakan pelajaran. Aktiviti Pengukuhan Matematik ini sedikit sebanyak dilihat dapat membantu mereka untuk melakukan ulangkaji pelajaran matematik melalui aplikasi pembelajaran.
AKTIVITI
Melalui laman web www.abcya.com, peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa soalan dan aktiviti matematik yang terdapat di dalamnya.
E-PEMBELAJARAN ( AKTIVITI PUZZLE )
Tarikh : 30 Mei 2018 Masa : 2.15 Petang sehingga 4.15 Petang Lokasi : Pusat Interent Felda Sungai Tiang Peserta : 8 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang latihan atau permainan yang boleh dilakukan secara online.Aktiviti ini dapat melatih kemahiran berfikir dan sifat sabar setiap peserta.
AKTIVITI
Peserta diajar cara untuk membuka laman www.jigsawplanet.com dan cara-cara menggendalikannya. Seterusnya mereka dikehendaki menyiapkan beberapa latihan puzzle yang terdapat di dalamnya.