PROGRAM BUBUR ASSYURA DAN MAJLIS 

Tarikh      :  8 Oktober 2018

Masa      :  9.00 Pagi sehingga 2.30 Petang

Lokasi    :   Pusat Internet Kg Pondok Chegar 

Peserta :   30 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara sesama petugas Pusat Internet di daerah Pendang  dan juga komuniti setempat serta mengadakan Majlis Tahlil di atas pemergian suami kepada salah seorang petugas internet di daerah Pendang ini.

 

AKTIVITI

- Mengacau bubur asyura

- Majlis Tahlil

Gambar di sini

 

BENGKEL PENGGUNAAN LAMAN WEB KERAJAAN 

Tarikh      :  4 Oktober 2018

Masa      :  12.00 Tengahari sehingga 1.00 Petang

Lokasi    :   Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta :   1 Peserta

 

TUJUAN

Bengkel ini diadakan untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia yang harus dilakukan secara atas talian sekiranya mereka ingin melangsungkan perkahwinan.

 

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuka laman web SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia dan seterusnya cara mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin online.

Gambar di sini

 

MY HEALTH PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG 2018 SEMPERNA HARI MALAYSIA

Tarikh      : 16 September 2018

Masa      :  8.00 Pagi sehingga 2.00 Petang

Lokasi    :   Padang Awam Kg Bukit Raya Dalam  

Peserta :   32 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta Program Kibar Jalur Gemilang 2018 Semperna Hari Malaysia mengenai kemudahan pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan di semua Pusat Internet daerah Pendang

 

AKTIVITI

Peserta menjalani ukuran ketinggian, berat, pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula

Gambar di sini

 

 

BENGKEL KEUSAHAWANAN DAN KECANTIKAN BERSAMA AVON

Tarikh      :  22 September 2018

Masa      :  10.00 Pagi sehingga 1.00 Petang

Lokasi    :   Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta :   15 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aktiviti perniagaan Avon secara online,  produk-produk kecantikan yang terdapat di Avon serta make up demo. 

 

AKTIVITI

- Demo solekan 

- Pertandingan solekan terbaik

- Pengenalan kepada aktiviti perniagaan Avon secara online

Gambar di sini

 

HARI BERSAMA KOMUNITI FELDA SUNGAI TIANG

Tarikh      : 13 September 2018

Masa      : 9.00 Pagi sehingga 3.00 Petang

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :  100 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang.

 

AKTIVITI

- Aktiviti sukaneka

- Aktiviti Klik Dengan Bijak

- Aktiviti E-waste 

- Aktiviti Dashboard Komuniti

- Aktiviti Celik IT

- Pameran Agensi

- Cabutan Bertuah

Gambar di sini