ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SEMPERNA TEMUDUGA TERBUKA OPERATOR PENGELUARAN
Tarikh : 2 September 2018 Masa : 10.00 Pagi sehingga 2.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg Pondok Chegar Peserta : 50 Peserta |
TUJUAN
Memperkenal dan mempromosikan Klik Dengan Bijak . Ia merupakan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral.
AKTIVITI
- Pendedahan kepada Klik Dengan Bijak
-Temuduga terbuka operator pengeluaran
SEMARAK MERDEKA 2018 PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG DAN PERPUSTAKAAN DESA KG PAYA MENGKUANG
Tarikh : 30 Ogos 2018 Masa : 2.00 Petang sehingga 5.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 40 Peserta |
TUJUAN
Semperna kedatangan bulan kemerdekaan, program "Semarak Merdeka 2018" telah diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan kemerdekaan, menyemai semangat kemerdekaan serta memupuk sikap sayangkan negara dikalangan peserta.
AKTIVITI
- kolaj Sayangi Malaysiaku
- Kuiz KDB dan E-waste
- Aneka Dessert Merdeka
- Basikal ku merdeka
- Puzzle PM Malaysia
- Street Soccer Merdeka
- Motosikal Lambat Merdeka
LATIHAN KEUSAHAWANAN (MICROSOFT EXCEL)
Tarikh : 15 Ogos 2018 Masa : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Excel dalam perniagaan. Ia penting dalam urusan perekodan data seperti alamat, data kewangan perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan. Ia juga sesuai digunakan untuk membuat pengiraan yang mudah dan rumit serta perlu untuk membuat carta dan graf.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas setiap peserta diberikan penerangan dan tunjuk ajar tentang penggunaan dan fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Excel. Apabila peserta telah memahami segala penerangan dan tunjuk ajar yang disampaikan oleh petugas, peserta diberi latihan yang berkisarkan kepada cara merekod data, membuat pengiraan dan membuat carta dan graf.
SEMARAK KEMERDEKAAN BERSAMA KOMUNITI FELDA SUNGAI TIANG
Tarikh : 18 Ogos 2018 Masa : 10.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 53 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan kemerdekaan dan menyemai semangat kemerdekaan serta sikap sayangkan negara dikalangan peserta terutamanya diperingkat kanak-kanak.
AKTIVITI
- Mewarna dewasa dan kanak-kanak
- Kuiz Klik Dengan Bijak
- Kuiz E-waste
- Kuiz Kemerdekaan
- Karaoke lagu patriotik
- Sajak kemerdekaan
KOLAJ KREATIF
Tarikh : 9 Ogos 2018 Masa : 3.00 Petang sehingga 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 10 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik seni kolaj dan melatih peserta supaya berfikir secara kreatif. kolaj merupakan teknik potong, koyak, gunting dan tampal cebisan kertas tersebut ke atas sesuatu permukaan atau lukisan sehingga menghasilkan satu gambar yang cantik dan menarik.
AKTIVITI
Peserta dibekalkan beberapa helaian kertas berwarna, gunting, gam dan juga sekeping gambar lukisan yang masih kosong. Mereka dikehendaki mengunting helaian kertas berwarna tersebut dan seterusnya menampal cebisan ke atas lukisan yang disediakan. Mereka harus menyiapkan sebuah lukisan atau gambar yang cantik, kraetif dan menarik dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.