KLIK DENGAN BIJAK DAN MYHEALTH SEMPERNA PERTANDINGAN WAU DAN SUKANEKA FELDA SUNGAI TIANG
arikh : 9 Februari 2019 Masa : 3.00 Petang sehingga 5.00 Petang Lokasi : Padang Kelab Sukan Felda Sungai Tiang Peserta : 35 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan mempertahankan permainan tradisional malaysia disamping memberi pendedahan mengenai bahayanya pengunaan internet tanpa kawalan serta memperkenalkan modul Dashboard Komuniti iaitu MyHealth.
AKTIVITI
-Pertandingan Wau
-Sukaneka
-Mewarna
-Kuiz Teka Silang Kata
-Pemeriksaan Tekanan darah dan kandungan gula dalam darah
E-PEMBELAJARAN (AKTIVITI WORD SEARCH)
Tarikh : 8 Februari 2019 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi keseronokkan serta membantu minda peserta supaya lebih berfikir dan juga berfikir di luar kotak kerana aktiviti word search ini mengkehendaki mereka untuk mencari beberapa perkataaan tersembunyi.
AKTIVITI
Peserta dibukakan kepada laman web word search dan mereka diberi tunjuk ajar cara menggunakan tetikus bagi mencari perkataan yang tersembunyi. Mereka harus mencari beberapa perkataaan tersembunyi di dalam himpunan berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus huruf mengikut kategori tertentu seperti buah-buahan, makanan, haiwan dan sebagainya.
DIY BOOKMARKS
Tarikh : 25 Januari 2019 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 10 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta supaya berfikiran lebih kreatif dan memupuk sifat sabar dalam diri setiap peserta. Seperti yang diketahui, internet mempunyai pelbagai kegunaan dan salah satu daripadanya adalah untuk tujuan pembelajaran. Selain itu aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta bahawa internet mempunyai pelbagai kepentingan selain daripada hiburan.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk membuka laman youtube dan seterusnya mereka dikehendaki menyediakan beberapa buah penanda buku seperti yang ditunjukkan di laman youtube.
MICROSOFT EXCEL (JADUAL,PENGIRAAN, CARTA DAN GRAF)
Tarikh : 30 Januari 2019 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi-fungsi yang terdapat pada sesebuah Microsoft Excel yang mana ia digunakan dalam perekodan data, membuat pengiraan sukar atau pun mudah, pengaturan data serta membina carta dan graf.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan microsoft excel. Seterusnya mereka diajar untuk menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam microsoft itu sendiri. Mereka dikehendaki membuat jadual, membuat pengiraan melalui penggunaan fungsi formula yang ada, membuat carta serta menghasilkan pelbagai jenis graf.
JOM HASILKAN RESUME
Tarikh : 15 Januari 2019 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk membantu dan mendidik peserta dalam menghasilkan resume. Resume adalah dokumen ringkas dan padat yang mengandungi maklumat diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman individu tersebut. Resume adalah sesuatu yang penting dan perlu dalam membantu untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan microsoft word serta mereka dikehendaki menghasilkan satu resume diri yang lengkap dan boleh digunakan sekiranya ingin memohon sebarang pekerjaan.