LATIHAN KEUSAHAWANAN (MICROSOFT EXCEL)
Tarikh : 15 Ogos 2018 Masa : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Excel dalam perniagaan. Ia penting dalam urusan perekodan data seperti alamat, data kewangan perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan. Ia juga sesuai digunakan untuk membuat pengiraan yang mudah dan rumit serta perlu untuk membuat carta dan graf.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas setiap peserta diberikan penerangan dan tunjuk ajar tentang penggunaan dan fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Excel. Apabila peserta telah memahami segala penerangan dan tunjuk ajar yang disampaikan oleh petugas, peserta diberi latihan yang berkisarkan kepada cara merekod data, membuat pengiraan dan membuat carta dan graf.