KOLAJ KREATIF

Tarikh   : 9 Ogos 2018

Masa    : 3.00 Petang sehingga 5.00 Petang 

Lokasi  :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang 

Peserta : 10 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik seni kolaj dan melatih peserta supaya berfikir secara kreatif. kolaj merupakan teknik potong, koyak, gunting dan tampal cebisan kertas tersebut ke atas sesuatu permukaan atau lukisan sehingga menghasilkan satu gambar yang cantik dan menarik. 

 

AKTIVITI

Peserta dibekalkan beberapa helaian kertas berwarna, gunting, gam dan juga sekeping gambar lukisan yang masih kosong. Mereka dikehendaki mengunting helaian kertas berwarna tersebut dan seterusnya menampal cebisan ke atas  lukisan yang disediakan. Mereka harus menyiapkan sebuah lukisan atau gambar yang cantik, kraetif dan menarik dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Gambar di sini