ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DAN MY HEALTH SEMPENA PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2019
Tarikh : 25 April 2019 Masa : 8.30 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Lokasi : Perpustakaan Desa Kg Padang Durian Peserta : 50 Peserta |
TUJUAN
Memperkenal dan mempromosikan Klik Dengan Bijak . Ia merupakan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral. Selain itu adalah untuk memperkenal dan mempromosikan modul dashboard komuniti Pusat Internet iaitu My Health yang mana ia menyediakan kemudahan pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah secara percuma.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah pemeriksaan kesihatan iaitu My Health, mewarna klik dengan bijak, Maze, kuiz klik dengan bijak dan teka silang kata klik dengan bijak.
PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
Tarikh : 16 April 2019 Masa : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Memberi pendedahan dan membantu golongan belia membuat pendaftaran pekerjaan dalam pekhidmatan awam (spa) supaya mereka berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan masing-masing.
AKTIVITI
Peserta dikehendaki membuka portal pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (spa) dan seterusnya mereka dibantu untuk mengisi segala maklumat yang diperlukan.
DASHBOARD (MY KOMUNITI)
Tarikh :4 April 2019 Masa :10.00 Pagi sehingga 11.00 Pagi Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan memberi pendedahan mengenai modul yang terdapat di dalam aplikasi dashboard komuniti iaitu My Komuniti yang mana komuniti boleh membuat sebarang pengumuman atau hebahan kepada semua.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuka aplikasi dahsboard komuniti dan seterusnya diberi tunjuk ajar mengenai cara-cara membuat pengumuman di modul My Komuniti.
PROGRAM KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE BERSAMA GOLONGAN ASNAF
Tarikh :11 April 2019 Masa :8.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Lokasi : Menara Zakat Negeri Kedah Peserta : 24 Peserta |
TUJUAN
Pusat Internet Kluster Pendang bersama golongan asnaf di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah telah bekerjasama untuk membantu mewujudkan peniaga secara dalam talian bagi membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.
AKTIVITI
Peserta diberi pendedahan kepada beberapa ilmu perniagaaan secara talian. Antaranya topik yang diberi tunjuk ajar adalah mengenai e-dagang, teknik fotografi menggunakan telefon pintar dan juga menjana pendapatan melalui shoppe.
PROGRAM BERSAMA KOMUNITI (SANTAI MINDA @ PERPUSTAKAAN DESA)
Tarikh :24 Mac 2019 Masa :9 Pagi sehingga 1.30 Petang Lokasi : Perpustakaan Desa Bukit Mak Inson, Pendang Kedah. Peserta : 100 Peserta |
TUJUAN
Memberi pendedahan mengenai bahayanya penggunaan internet tanpa kawalan melalui pelbagai aktiviti klik dengan bijak dan seterusnya mempromosikan modul dashboard komuniti Pusat Internet iaitu My Health
AKTIVITI
Antara aktiviti telah dijalankan adalah :
- My Health (pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah)
- Kuiz KDB
- Teka silangkata KDB
- Kuiz Pusat Internet