MICROSOFT OFFICE WORD (KARANGAN BAHASA MELAYU)

Tarikh      :  5 Disember 2018

Masa      :   10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari 

Lokasi    :    Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :     5 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan untuk mendedahkan peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada penggunaan Microsoft Word. Aktiviti ini  bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan iaitu selain penting dalam penghasilan sesebuah dokumen dan surat, ia juga mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan lain .Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi kelainan dalam aktiviti menaip dengan menaip satu karangan yang bersesuaian untuk menambah pengetahuan dalam pelajaran.

 

AKTIVITI 

Untuk aktiviti pada kali ini, peserta dikehandaki menyiapkan satu karangan ringkas bahasa melayu yang bersesuaian untuk mereka yang berada di tahun 5 dan 6. Mereka dikehendaki menyiapkan karangan tersebut dalam satu tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan.

Gambar di sini