PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH
Tarikh : 25 Mei 2019 Masa : 5.00 Petang sehingga 10.00 Malam Lokasi :Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah (Cawangan Gurun) Peserta : 100 Peserta |
TUJUAN
- Mendidik hati setiap individu supaya mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan di samping meraikan anak-anak yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran Syawal serta memupuk Ukhuwah Islamiah dan beramah mesra di antara pihak yang terlibat.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program adalah penyampaian sumbangan barangan keperluan dan duit raya, majlis Tahlil, majlis berbuka puasa, solat Maghib , solat Insyak, solat Terawih dan moreh.
ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA MENGKUANG
Tarikh : 21 Mei 2019 Masa : 10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari Lokasi : Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang Peserta : 200 Peserta |
TUJUAN
Memperkenal dan mempromosikan Klik Dengan Bijak . Ia merupakan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah taklimat klik dengan bijak, tayangan video klik dengan bijak, kuiz spontan dan teka silang kata klik dengan bijak.
E-PEMBELAJARAN (PERMAINAN PENDIDIKAN MATEMATIK)
Tarikh : 10 Mei 2019 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 6 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi kelainan kepada peserta dalam mengulangkaji pelajaran matematik melalui aktiviti permainan pendidikan yang menghiburkan disamping memahirkan peserta kepada penggunaan komputer.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan laman web www.sheppardsoftware.com dan mereka dikehendaki memilih latihan matematik dan seterusnya menyelesaikan permainan pendidikan yang ada padanya.
E-PEMBELAJARAN (APLIKASI PEMBELAJARAN - MEWARNA ONLINE, PUZZLES DAN DOTS)
Tarikh : 17 Mei 2019 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 5 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi kelainan kepada peserta dalam pembelajaran melalui aktiviti aplikasi pembelajaran yang menghiburkan disamping memahirkan peserta kepada penggunaan komputer melalui aktivit mewarna secara online, puzzles online dan menyambung titik atau pun dikenali sebagai dots.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan laman web www.coloring4all.com dan mereka dikehendaki memilih aplikasi pembelajaran yang ada dan seterusnya menyelesaikan aktiviti yang ada padanya.
E-PEMBELAJARAN (WORD SEARCH ACTIVITIES)
Tarikh : 2 Mei 2019 Masa : 2.30 Petang sehingga 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 5 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi keseronokkan serta membuka minda peserta supaya berfikir lebih kreatif dan juga berfikir di luar kotak iaitu berlainan daripada kebiasaan kerana aktiviti word search ini mengkehendaki mereka untuk mencari beberapa perkataaan tersembunyi.
AKTIVITI
Peserta dibukakan kepada laman web word search dan mereka diberi tunjuk ajar cara menggunakan tetikus bagi mencari perkataan yang tersembunyi. Mereka harus mencari beberapa perkataaan tersembunyi di dalam himpunan berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus huruf mengikut kategori tertentu seperti buah-buahan, makanan, haiwan dan sebagainya.