MICROSOFT EXCEL (JADUAL,PENGIRAAN, CARTA DAN GRAF)

Tarikh     :  30 Januari 2019

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  :  1 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi-fungsi yang terdapat pada sesebuah Microsoft Excel yang mana ia digunakan dalam perekodan data, membuat pengiraan sukar atau pun mudah, pengaturan data serta membina carta dan graf.

 

AKTIVITI 
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan microsoft excel. Seterusnya mereka diajar untuk menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam microsoft itu sendiri. Mereka dikehendaki membuat jadual, membuat pengiraan melalui penggunaan fungsi formula yang ada, membuat carta serta menghasilkan pelbagai jenis graf.

Gambar di sini

 

DIY BOOKMARKS 

Tarikh     : 25 Januari 2019

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  : 10 Peserta 

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta supaya berfikiran lebih kreatif dan memupuk sifat sabar dalam diri setiap peserta. Seperti yang diketahui, internet mempunyai pelbagai kegunaan dan salah satu daripadanya adalah untuk tujuan pembelajaran. Selain itu aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta bahawa internet mempunyai pelbagai kepentingan selain daripada hiburan.


AKTIVITI 
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk membuka laman youtube dan seterusnya mereka dikehendaki menyediakan beberapa buah penanda buku seperti yang ditunjukkan di laman youtube.

Gambar di sini

 

LATIHAN KEUSAHAWANAN (MICROSOFT EXCEL : PENYATA KEWANGAN)

Tarikh     : 8 Januari 2019

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 11.00 Pagi 

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  : 1 Peserta 

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik perekodan data yang merangkumi data seperti alamat, data kewangan perniagaan, perbelanjaan, pendapatan dan sebagainya. Ia juga dapat membantu peserta unutk membuat pengiraan mudah dan rumit serta pengaturan data.


AKTIVITI 
Peserta diberi tunjuk ajar cara memulakan microsoft excel serta dikehendaki mengisi data-data yang diperlukan bagi menghasilkan satu pemyata kewangan yang tepat.

Gambar di sini

 

JOM HASILKAN RESUME

Tarikh     : 15 Januari 2019

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  : 2 Peserta 

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu dan mendidik peserta dalam menghasilkan resume. Resume adalah dokumen ringkas dan padat yang mengandungi maklumat diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman individu tersebut. Resume adalah sesuatu yang penting dan perlu  dalam membantu untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.


AKTIVITI 
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan microsoft word serta mereka dikehendaki menghasilkan satu resume diri yang lengkap dan boleh digunakan sekiranya ingin memohon sebarang pekerjaan.

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN (ONLINE COLORING)

Tarikh     : 3 Januari 2019

Masa      : 3.00 Petang sehingga 5.00 Petang  

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  : 6 Peserta 

 

TUJUAN

Program ini diadakan untuk mendedahkan peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada teknik mewarna secara online. Hal ini bertujuan untuk memberi kelainan dalam aktiviti mewarna kerana sebelum ini kebanyakkan daripada mereka hanya mewarna secara manual iaitu lebih kepada penggunaan pensil warna. Ini merupakan satu teknik baru yang memberi ilmu dan keseronokkan kepada mereka dalam aktiviti pembelajaran.


AKTIVITI
Peserta diberi pendedahan kepada laman web mewarna online iaitu www.uptoten.com . Mereka diberi tunjuk ajar cara untuk mewarna dengan menggunakan tetikus.

Gambar di sini