E-PEMBELAJARAN (JIGSAW PUZZLES)

Tarikh      : 22 November 2018

Masa      :  2.15 Petang sehingga 4.15 Petang 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang    

Peserta :   6 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan untuk mendedahkan peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah akan aplikasi permainan berunsurkan pendidikan iaitu puzzle secara online. Hal ini bertujuan untuk memberi kelainan kerana sebelum ini kebanyakkan daripada mereka hanya bermain puzzle secara nyata iaitu lebih kepada menyusun kepingan-kepingan gambar dengan menggunakan jari . Namun bagi aktiviti ini, mereka terpaksa menggunakan tetikus bagi menggerakkan susunan gambar sehingga terjadinya sekeping gambar yang lengkap. Ini merupakan satu teknik bagi melatih mereka untuk lebih berfikir dan bersabar.

 

AKTIVITI 

Peserta diberi pendedahan kepada laman web puzzle iaitu www.jigsawplanet.com . Mereka diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi mengerak dan menyusun kepingan-kepingan gambar sehingga terhasilnya sekeping gambar yang sempurna.

Gambar di sini