MIV BERSAMA DTT

Tarikh      :  14 Jun 2019

Masa      :   2.30 Petang sehingga 5.00 Petang  

Lokasi    :    Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :     21Peserta

 

TUJUAN

Mengenalpasti individu yang berminat untuk menjadi Sukarelawan MIV di komuniti 

 

AKTIVITI

Taklimat mengenai MIV Bersama DTT iaitu penyebaran Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) yang sedang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara

Gambar di sini

 

MICROSOFT OFFICE WORD (KERJA KURSUS)

Tarikh      :  14 Jun 2019

Masa      :   10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari 

Lokasi    :    Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :     2 Peserta

 

AKTIVITI

Program ini diadakan untuk mendedahkan peserta kepada penggunaan Microsoft Word. Aktiviti ini  bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan iaitu selain penting dalam penghasilan kerja kursus, dokumen dan surat, ia juga mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan lain .

 

TUJUAN

Untuk aktiviti pada kali ini, peserta menyiapkan satu kerja kursus dengan menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word.

Gambar di sini

 

PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH

Tarikh     : 25 Mei 2019

Masa      : 5.00 Petang sehingga 10.00 Malam

Lokasi    :Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah (Cawangan Gurun)

Peserta  : 100 Peserta

 

TUJUAN

  • Mendidik hati setiap individu supaya mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan di samping meraikan anak-anak yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran Syawal serta memupuk Ukhuwah Islamiah dan beramah mesra di antara pihak yang terlibat.

 

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program adalah penyampaian sumbangan barangan keperluan dan duit raya, majlis Tahlil, majlis berbuka puasa, solat Maghib , solat Insyak, solat Terawih dan moreh.

Gambar di sini

 

MICROSOFT OFFICE POWERPOINT

Tarikh     : 2 Jun 2019

Masa      : 9.00 Pagi sehingga 11.00 Pagi

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang 

Peserta  : 5 Peserta

 

 TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunaan serta fungsi microsoft powerpoint dan pendedahan kepada aktiviti penghasilan pembentangan yang mengandungi contoh, gambar, dan sebagainya. Powerpoint digunakan untuk menghasilkan pembentangan bagi menyampaikan maklumat, idea, laporan dan sebgainya kepada kumpulan orang yang ramai dengan lebih berkesan.

 

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara memulakan microsoft powerpoint serta fungsi-fungsi yang terdapat padanya. Setelah itu peserta dikehendaki menghasilkan satu slide perbentangan bertajuk bebas yang menarik, kemas dan kreatif.

Gambar di sini

 

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA MENGKUANG

Tarikh     : 21 Mei 2019

Masa      : 10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari

Lokasi    :  Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang  

Peserta  : 200 Peserta

 

TUJUAN 

Memperkenal dan mempromosikan Klik Dengan Bijak . Ia merupakan  sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral. 

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah taklimat klik dengan bijak, tayangan video klik dengan bijak, kuiz spontan dan teka silang kata klik dengan bijak.

Gambar di sini