MINI KARNIVAL MIV BERSAMA KOMUNITI 2019
Tarikh : 16 November 2019 Masa : 2.30 Petang sehingga 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 44 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara komuniti, sukarelawan ICT dan petugas Pusat Internet. Pelbagai aktiviti telah diadakan dengan masing-masing mempunyai tujuannya yang tersendiri. Bagi aktiviti taklimat advokasi dan kuiz kahoot, ia memberi pendedahan mengenai bahayanya buli online. Aktiviti "Youtube For A Living" pulak bertujuan memberi idea dan memahirkan diri dengan aktiviti diy. Manakala aktiviti mencipta brochures (risalah) memberi pendedahan kepada peserta kepada teknik penghasilan broucher (risalah) yang kemas dan menarik.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang berlangsungnya program tersebut iaitu taklimat advokasi buli online, kuiz kahoot, aktiviti mewarna, youtube for a living dan penghasilan brochures (risalah).
PROGRAM MIV BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG
Tarikh : 13 November 2019 Masa : 10.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Lokasi : Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Peserta : 80 Peserta |
TUJUAN
Program ini melibatkan pelajar tahun 5 dan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bahayanya penggunaan internet yang berlebihan dan tanpa pengawasan. Hal ini adalah penting bagi mengelakkan mereka daripada menjaga mangsa jenayah seperti buli siber, penipuan dan sebagainya. Program ini telah dikendalikan oleh sukarelawan ICT Malaysia (MIV) yang terdiri daripada sukarelawan ICT Malaysia (MIV) dari Pusat Internet Felda Sungai Tiang dan Pusat Internet Kampung Pondok Chegar.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memastikan setiap peserta memahami tujuan sebenar program ini diadakan. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah kolaj klik dengan bijak, koyak magic, taklimat klik dengan bijak dan juga kuiz. Aktiviti ini telah diadakan secara berkumpulan iaitu melibatkan 5 orang untuk satu kumpulan.
KELAS RESUME
Tarikh : 19 Oktober 2019 Masa : 3.30 Petang sehingga 5.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta dalam menghasilkan resume. Resume adalah dokumen ringkas dan padat yang mengandungi maklumat diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman individu tersebut. Resume adalah sesuatu yang penting dan perlu dalam membantu untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan microsoft word serta mereka dikehendaki menghasilkan satu resume diri yang lengkap dan boleh digunakan sekiranya ingin memohon sebarang pekerjaan.
BENGKEL ASAS PENGENALAN KOMPUTER DAN PAINT BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS PADANG DURIAN
Tarikh : 3 November 2019 Masa : 9.00 Pagi sehingga 11.00 pagi Lokasi : Tabika Kemas Padang Durian Peserta : 26 Peserta |
TUJUAN
Dengan kerjasama Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) bengkel asas pengenalan komputer dan paint telah diadakan kepada pelajar Tabika Kemas Padang Durian yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai ilmu ict. Untuk bengkel ini peserta didedahkan kepada komponen-komponen utama sesebuah komputer, laptop mahupun netbook. Selain itu mereka diajar cara menggunakan aplikasi paint.
AKTIVITI
Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) mengendalikan bengkel dengan memperkenalkan komponen-komponen utama kepada peserta seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Seterusnya mereka diajar menggunakan aplikasi paint untuk menghasilkan sebuah gambar atau lukisan yang cantik dan menarik.
KELAS PAINT (POSTER DEEPAVALI)
Tarikh : 18 Oktober 2019 Masa : 9.00 Pagi sehingga 10.00 Pagi Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 6 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penghasilan sesebuah poster melalui penggunaan aplikasi paint. Ia bertujuan untuk sama-sama menyambut dan meraikan kedatangan perayaan Deepavali yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.
AKTIVITI
Peserta diajar membuka aplikasi paint dan seterusnya petugas menerangkan satu persatu fungsi -fungsi yang terdapat di dalam paint seperti tulisan, jenis dan saiz tulisan , mewarnakan tulisan , mecipta bentuk dan sebagainya. Seterusnya peserta dikehandaki menggunakan aplikasi paint dan fungsi-fungsi yang ada padanya untuk menghasilkan sebuah poster perayaan iaitu deepavali.