BENGKEL ASAS PENGENALAN KOMPUTER DAN PAINT BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS PADANG DURIAN 

Tarikh     : 3 November 2019

Masa      : 9.00 Pagi sehingga 11.00 pagi 

Lokasi    : Tabika Kemas Padang Durian  

Peserta  : 26 Peserta

 

TUJUAN

Dengan kerjasama Sukarelawan ICT Malaysia (MIV)  bengkel asas pengenalan komputer dan paint telah diadakan kepada pelajar Tabika Kemas Padang Durian yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai ilmu ict. Untuk bengkel ini peserta didedahkan kepada komponen-komponen utama sesebuah komputer, laptop mahupun netbook. Selain itu mereka diajar cara menggunakan aplikasi paint.

AKTIVITI

Sukarelawan ICT Malaysia (MIV)  mengendalikan bengkel dengan memperkenalkan komponen-komponen utama kepada peserta seperti monitor, papan kekunci  dan tetikus. Seterusnya mereka diajar menggunakan aplikasi paint untuk menghasilkan sebuah gambar atau lukisan yang cantik dan menarik.

Gambar di sini

 

KELAS RESUME

Tarikh     : 19 Oktober 2019

Masa      : 3.30 Petang sehingga 5.30 Petang 

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 2 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta dalam menghasilkan resume. Resume adalah dokumen ringkas dan padat yang mengandungi maklumat diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman individu tersebut. Resume adalah sesuatu yang penting dan perlu  dalam membantu untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.


AKTIVITI 
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan microsoft word serta mereka dikehendaki menghasilkan satu resume diri yang lengkap dan boleh digunakan sekiranya ingin memohon sebarang pekerjaan.

Gambar di sini

 

PROGRAM LITERASI ICT DAN CAKNA KESIHATAN PUSAT INTERNET FELDA SUNGAI TIANG 2019

Tarikh     : 9 Oktober 2019

Masa      : 9.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari 

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 105 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, MPKK, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang berlangsungnya progaram. Antaranya ialah aktiviti pameran dan pemeriksaan kesihatan iaitu pemeriksaan tekanan dan kandungan gula dalam darah, ceramah kesihatan, taklimat dan kuiz online advokasi klik dengan bijak, bengkel perkakasan dan perisian komputer, pertandingan My Komuniti, pertandingan My Place, talimat My Shop, aktiviti sukaneka, mewarna poster, pertandingan kerabu sihat, pertandingan makanan seimbang, muat turun aplikasi dashboard komuniti, dan cabutan bertuah.

Gambar di sini

 

KELAS PAINT (POSTER DEEPAVALI)

Tarikh     : 18 Oktober 2019

Masa      : 9.00 Pagi sehingga 10.00 Pagi 

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 6 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penghasilan sesebuah poster melalui penggunaan aplikasi paint. Ia bertujuan untuk sama-sama menyambut dan meraikan kedatangan perayaan Deepavali yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

 

AKTIVITI

Peserta diajar membuka aplikasi paint dan seterusnya petugas menerangkan  satu persatu fungsi -fungsi yang terdapat di dalam paint seperti tulisan, jenis dan saiz tulisan , mewarnakan tulisan , mecipta bentuk dan sebagainya. Seterusnya peserta dikehandaki menggunakan aplikasi paint dan fungsi-fungsi yang ada padanya untuk menghasilkan sebuah poster perayaan iaitu deepavali. 

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN (MAHIR MATEMATIK)

Tarikh     : 4 Oktober 2019

Masa      : 9.30 Pagi sehingga 11.30 Pagi

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 4 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memahirkan peserta kepada salah satu latihan yang terdapat dalam subjek matematik iaitu sifir. Soalan yang telah disediakan didapati dapat membantu peserta untuk membuat latihan sifir.

 

AKTIVITI

Pelbagai latihan dan permainan sifir telah disediakan yang merangkumi sifir 1 sehinggalah sifir 12. Peserta dikehendaki menjawab semua soalan atau latihan yang telah disediakan.

Gambar di sini