KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh    : 28 Januari 2020

Masa     : 2.30 Petang sehingga 4,30 Petang    

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :10 orang

 

TUJUAN

Kuiz ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta supaya menggunakan internet dengan bijak bagi menggelakkan peserta terdedah kepada kandungan-kandungan yang tidak bermoral dan menjadi mangsa penipuan di internet.

 

AKTIVITI

Peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan kuiz bertulis yang disediakan berkaitan dengan klik dengan bijak .Peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan banyak diberikan hadiah kerana berjaya memahami tajuk yang dibincangkan.

Gambar disini

 

MICROSOFT OFFICE(ASAS MICROSOFT POWERPOINT)

Tarikh    : 18 Januari 2020

Masa     : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari     

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 4 orang

 

TUJUAN

Mendedahkan pengguna kepada ilmu ICT iaitu microsoft powerpoint dalam pembentangan visual yang mengandungi contoh gambar, diagram, bunyi, dan sebagainya dalam menjelaskan idea dan buah fikiran masing-masing.

 

AKTIVITI

Peserta diberi tunjur ajar bagaimana cara untuk memulakan dan fungsi-fungsi  yang terdapat pada sesebuah aplikasi powerpoint . Peserta diberikan beberapa siri latihan penyediaan slide pembentangan .Mereka dikehendaki  menyiapkan latihan yang diberikan sehingga terhasilnya slide pembentangan yang lengkap dengan informasi,kemas dan menarik.

Gambar disini

 

ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (PENGENALAN KOMPUTER

Tarikh     : 10 Januari 2020

Masa      : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 3 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aplikasi asas sesebuah komputer. Hal ini adalah kerana komputer telah menjadi sebahagian perkara penting dalam kehidupan kerana ia amat diperlukan dalam aktiviti penyimpanan rekod,pencarian maklumat,membuat pengiraan dan komunikasi.


AKTIVITI 
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk menghidupkan sesebuah komputer ,pengenalan kepada komponen-komponen utama komputer,pengenalan kepada sistem operasi dan mencipta folder. Mereka diberikan beberapa latihan ringkas .

Gambar disini

 

MOBILE E-WASTE COLLECTION

Tarikh    : 11 Januari 2020

Masa     : 3.00 Petang sehingga 4.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 10 orang

 

TUJUAN

Memberi kesedaran kepada peserta mengenai keburukan  pembuangan e-waste atau e-sisa yang tidak berhemah terhadap kesihatan dan persekitaran yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.

 

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan ringkas mengenai apa yang dimaksudkan dengan e-waste atau e-sisa. Peserta yang membawa dan mengitar semula perkakas elektrik & elektronik yang telah rosak ke dalam tong e-waste yang disediakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang akan diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memastikan bebasnya aktiviti pembuangan e-waste atau e-sisa yang tidak berhemah.

Gambar disini

 

MICROSOFT WORD (RESUME PREPARATION CLASSES)

Tarikh     : 1 Januari 2020

Masa      : 4.00 Petang sehingga 6.00 Petang 

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 1 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta dalam menghasilkan resume. Resume adalah dokumen ringkas dan padat yang mengandungi maklumat diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman individu tersebut. Resume adalah sesuatu yang penting dan perlu  dalam membantu untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.


AKTIVITI 
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan microsoft word serta mereka dikehendaki menghasilkan satu resume diri yang lengkap dan boleh digunakan dalam memohon sebarang pekerjaan.

Gambar di sini