MICROSOFT WORD (TYPINNG ACTIVITIES)

Tarikh      : 23 Ogos 2019

Masa      :  10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari  

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang 

Peserta :   7 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan untuk mendedahkan peserta kepada penggunaan Microsoft Word. Aktiviti ini  bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan iaitu selain penting dalam penghasilan kerja kursus, dokumen dan surat, ia juga mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan lain .

 

AKTIVITI

Untuk permulaan aktiviti, peserta diberi penerangan ringkas dan pendedahan kepada fungsi dan kegunaan microsoft word. Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana memulakan perisian microsoft word dan seterusnya mereka dikehendaki menyiapkan beberapa latihan menaip melalui beberapa artikel yang telah disediakan oleh petugas. 

Gambar di sini

 

KARNIVAL KESIHATAN AULADI PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

Tarikh      : 16 Ogos 2019

Masa      :  9.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari  

Lokasi    :  Masjid Hamidi Manjalara, Kg Kepala Bukit, Pendang Kedah 

Peserta :   50 Peserta

 

TUJUAN

Memberi pendedahan mengenai penjagaan kesihatan dikalangan komuniti.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu taylor merdeka iaitu aktiviti membuat pakaian daripada surat khabar lama, kolaj merdeka, pertandingan mewarna, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kandungan gula dalam darah, persembahan nasyid oleh adik-adik cilik dan sebagainya.

Gambar di sini

 

PERASMIAN PERINTIS KELAS ASAS KOMPUTER BERSAMA MPKK DAERAH PENDANG OLEH MENTERI BESAR KEDAH

Tarikh      : 28Julai 2019

Masa      :  8.00 Malam sehingga 9.00 Malam 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :   10 Peserta

 

TUJUAN

Semperna Majlis Diskusi Bersama YAB. Menteri Besar Kedah Dan Perasmian Pusat Khidmat Rakyat N.19 Dun Sungai Tiang, Majlis Perasmian Perintis Kelas Asas Komputer Bersama MPKK Daerah Pendang yang melibatkan Pusat Internet Kluster Pendang telah diadakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan mengenai teknologi maklumat kepada golongan MPKK di Daerah Pendang ini. Peserta yang terlibat adalah dikalangan golongan MPKK seramai 10 orang telah hadir untuk mengikuti kelas asas komputer.

 

AKTIVITI

Antara aktiviti yang telah diadakan pada program tersebut adalah kelas/ bengkel Kelas Asas Komputer. Peserta diberikan penerangan terlebih dahulu melalui tayangan slide perbentangan mengenai asas komputer. Seterusnya peserta dikehendaki menaip satu artikel ringkas menggunakan microsoft Word. 

Gambar di sini

 

KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH PENDANG 2019

Tarikh      : 7 Ogos 2019

Masa      :  9.00 Malam sehingga 1.00 Tengahari  

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :   100 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan kemerdekaan bagi sama-sama menghargai jasa dan pengorbanan insan terdahulu dalam memastikan negara kita bebas daripada cengkaman penjajah.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada program tersebut. Antaranya adalah pembukaan booth oleh Pusat Internet Kluster Pendang bagi memperkenal dan mempromosikan kewujudan 8 buah Pusat Internet di daerah Pendang, modul Dashboard Komuniti iaitu My Health iaitu pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, konvoi merdeka oleh jabatan-jabatan di daerah Pendang, kolaj bunga kebangsaan dan pertandingan merdeka bagi pelajar tabika.

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN : PENCARIAN MAKLUMAT/ ULANGKAJI UPSR

Tarikh      : 23 Julai 2019

Masa      :  3.30 Petang sehingga 5.30 petang 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :   4 Peserta

TUJUAN

Membantu peserta dalam pencarian maklumat dan mengulangkaji kaji pelajaran sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba tidak lama lagi.

 

AKTIVITI

Peserta diajar bagaimana untuk melayari internet bagi mencari maklumat berkaitan UPSR serta contoh-contoh soalan UPSR yang bersesuaian.

Gambar di sini