Nama   : Muhammad Alif Amirul
Umur    : 14 Tahun
Ahli      : 2015

Latar belakang

Muhammad Alif Amirul merupakan seorang pelajar yang sedang menuntut ditingkatan 2. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang Kedah. Beliau telah menjadi ahli PEDi Felda Sungai Tiang sejak Oktober 2015. Kini sudah 2 tahun beliau menjadi ahli.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau seperti remaja lain yang selalu berkumpul bersama rakan-rakan untuk berborak-borak kosong tanpa ada faedah. Dari segi pelajaran pula, sumber rujukan adalah lebih kepada buku, guru,rakan-rakan dan ibu bapa sahaja. Selain dari itu, beliau tidak tahu dan tidak mempunyai asas dalam kemahiran ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Bermula dengan mendaftar menjadi ahli PEDi Felda Sungai Tiang pada Oktober 2015, beliau telah mengikuti beberapa siri kelas pembelajaran ICT yang dijalankan oleh petugas. Antara kelas yang telah diikuti oleh beliau adalah Pengenalan kepada komputer, Microsoft Office, E-pembelajaran, Intel Easy Steps dan beberapa kelas lagi. Setelah mengikuti kelas-kelas yang dijalankan, beliau menjadi semakin mahir dan sehingga kini beliau masih terus mengikuti kelas-kelas pembelajaran yang diadakan oleh PEDi Felda Sungai Tiang.

Beliau menjadikan PEDi Felda Sungai Tiang sebagai salah satu pusat pembelajaran beliau. Beliau mengunakan internet untuk mencari dan menambah pengetahuan dalam pelajaran. Selain itu, beliau juga mengadakan ulangkaji dan perbincangan bersama rakan-rakan di PEDi.

Selain itu, beliau menggunakan internet untuk berkomunikasi, Beliau menjadikan facebook dan emel sebagai salah satu medium perantaraan untuk berhubung dengan rakan-rakan samada jauh ataupun dekat. Beliau turut menggunakan emel dan facebook untuk berkongsi ilmu dalam pelajaran.