LATIHAN MEDIA BARU (FACEBOOK PAGE)
Tarikh :17 Disember 2020 Masa : 3.30 petang sehinggga 5.00 petang Lokasi :Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta:1 orang |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta untuk lebih mahir dalam penggunaan facebook page.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk melog masuk ke akaun facebook sebelum diajar untuk membuat laman facebook page .Setelah itu ,peserta diajar cara-cara pengendalian dan penggunaan facebook page.Facebook page juga boleh digunakan untuk tujuan mempromosikan jualan,sebaran maklumat atau info selain mempromosikan sesuatu tempat atau agensi.
E-PEMBELAJARAN (JIGSAW PUZZLE)
Tarikh : 15 Disember 2020 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan iaitu puzzle secara online. Hal ini bertujuan untuk memberi kelainan kerana sebelum ini kebanyakkan daripada mereka hanya bermain puzzle secara nyata iaitu lebih kepada menyusun kepingan-kepingan gambar dengan menggunakan jari . Melalui aktiviti ini, mereka terpaksa menggunakan tetikus bagi menggerakkan susunan gambar sehingga membentuk sekeping gambar yang lengkap. Ini merupakan satu teknik bagi melatih mereka untuk lebih berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk melayari laman web puzzle iaitu www.jigsawplanet.com . Mereka diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi mengerak dan menyusun kepingan-kepingan gambar sehingga terhasilnya sekeping gambar yang sempurna.
TYPING CHALLENGE
Tarikh :9 Disember 2020 Masa :10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari Tempat: Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta: 3 orang |
TUJUAN
Memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta dalam memantapkan skil menaip agar peserta dapat menaip dengan lebih pantas tanpa sebarang kesalahan ejaan.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan sebelum memulakan pertandingan mengikut tempoh masa yang diberikan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengasah kebolehan menaip peserta sekaligus menghasilkan masyarakat yang berkebolehan dalam menaip.
ACADEMIC GAME ACTIVITIES
Tarikh : 10 Disember 2020 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membuka minda peserta supaya berfikir lebih kreatif disamping memupuk minat mereka dalam pembelajaran.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk melayari laman web yang diberikan dan seterusnya diajar cara menjawab soalan-soalan yang terdapat didalam laman web berkenaan.
PENGGUNAAN LAMAN WEB KERAJAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM(PEPERIKSAAN ONLINE)
Tarikh : 3 Disember 2020 Masa : 9.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Calon diminta melayari laman web yang disediakan oleh Sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
AKTIVITI
Calon diminta melayari laman web yang diberikan sebelom menjawab soalan-soalan yang disediakan pihak SPA dalam tempoh masa yang diberikan.Pecahan soalan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.