KEMPEN KESELAMATAN DAN KEWASPADAAN PENGGUNA INTERNET BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

Tarikh : 5 Mac 2020

Masa : 9.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Tempat : Pejabat Kesihatan Daerah Pendang

Peserta : 40 Orang

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta yang hadir mengenai langkah keselamatan dan kewaspadaan dalam penggunaan internet bagi mengelakkan mereka terdedah kepada  jenayah siber.

 

AKTIVITI

Terdapat 4 taklimat yang disampaikan kepada peserta. Taklimat tersebut bertajuk  Mobile E- Waste, Maklumat Palsu, Jenayah Siber dan Scam Alert. Setiap taklimat disertakan dengan aktiviti bagi menguatkan lagi pemahaman peserta tehadap tajuk yang dibincangkan. Taklimat Mobile E- Wsate disertakan dengan aktiviti kuiz secara online iaitu Quizizz. Bagi taklimat maklumat palsu, aktiviti berkumpulan iaitu whisper Your Wish (Radio Buruk) diadakan. Manakala bagi taklimat Jenayah Siber, aktiviti “ Who Want To Be A Milionaire” (kuiz) diadakan.  Bagi taklimat terakhir iaitu taklimat Scam Alert, diadakan aktiviti kuiz secara spontan. Program diakhiri dengan aktiviti penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Pendang di atas kerjasama yang telah diberikan.

Gambar disini