INTERNET(CARIAN MAKLUMAT)
Tarikh : 23 Oktober 2020 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 7 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta mencari maklumat daripada internet.Seperti yang kita sedia maklum intenet adalah salah satu platfom carian maklumat yang mudah dan cepat pada masa kini.
AKTIVITI
Peserta dibukakan kepada laman web google search dan diberikan tajuk rambang khusus untuk carian.Peserta diminta untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang diberikan di dalam laman web tersebut.
MOBILE E-WASTE COLLECTION
Tarikh : 11 Oktober 2020 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 3 orang |
TUJUAN
Memberi kesedaran kepada peserta mengenai keburukan pembuangan e-waste atau e-sisa yang tidak berhemah terhadap kesihatan dan persekitaran yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan ringkas mengenai apa yang dimaksudkan dengan e-waste atau e-sisa. Peserta yang membawa dan mengitar semula perkakas elektrik & elektronik yang telah rosak ke dalam tong e-waste yang disediakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang akan diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memastikan bebasnya aktiviti pembuangan e-waste atau e-sisa yang tidak berhemah.
PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA PERCUMA AMWAY
Tarikh: 7 Oktober 2020 Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang Tempat: Pusat Internet Bukit Raya Dalam Peserta: 7 orang |
TUJUAN
Pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Amway Malaysia
AKTIVITI
Pemeriksaan kesihatan secara percuma ini dikendalikan oleh Amway Malaysia.Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta pengambilan supplement tambahan sebagai inisiatif dalam meningkatkan taraf kesihatan.
Tarikh: 14 Oktober 2020 Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari Tempat: Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Membantu usahawan mendaftar lesen perniagaan secara atas talian bagi membolehkan beliau memulakan operasi perniagaan..
AKTIVITI
Aktiviti pendaftaran secara atas talian melalui laman sesawang ezbiz.ssm.com.my
MESYUARAT TEAM VIDEO
Tarikh: 7 Oktober 2020 Masa: 10.00 pagi sehingga 2.00 petang Tempat: Pusat Internet Pondok Chegar Peserta: 7 orang |
TUJUAN
Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membuat rombakan dan pelantikan baru bagi menggantikan team video sedia ada sebelum ini. Perbincangan ini dihadiri oleh beberapa kakitangan Pusat Internet Kluster Pendang untuk mewakili pusat internet bagi melibatkan diri dalam team video ini.
AKTIVITI
Team video ini diwujudkan bagi menghidupkan semula kawasan-kawasan menarik yang berpotensi menjadi pusat tumpuan pelancong dalam daerah Pendang.Menarik Di Pendang adalah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM) dan dilaksanakan oleh TM.