KELAS MICROSOFT OFFICE EXCEL
Tarikh : 8 Februari 2018 Masa : 10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi penggunaan Microsoft Excel. Ia digunakan untuk merekod data seperti alamat, data kewangan perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan, membuat pengiraan dan juga untuk membuat carta dan graf.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar mengenai fungsi dan cara penggunaan Microsoft Excel. Bagi memastikan peserta dapat memahami dengan lebih jelas penggunaannya, latihan diberikan yang merangkumi cara perekodan data, membuat pengiraan dan juga carta serta graf.