ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DAN MY HEALTH SEMPENA PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2019

Tarikh     : 25 April 2019

Masa      : 8.30 Pagi sehingga 1.00 Tengahari

Lokasi    :  Perpustakaan Desa Kg Padang Durian  

Peserta  : 50 Peserta

 

TUJUAN 

Memperkenal dan mempromosikan Klik Dengan Bijak . Ia merupakan  sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral. Selain itu adalah untuk memperkenal dan mempromosikan modul dashboard komuniti Pusat Internet iaitu My Health yang mana ia menyediakan kemudahan pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah secara percuma.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah pemeriksaan kesihatan iaitu My Health,  mewarna klik dengan bijak, Maze, kuiz klik dengan bijak dan teka silang kata klik dengan bijak.

Gambar di sini