SANTAI DASHBOARD KOMUNITI, E-WASTE & KDB
Tarikh : 28 Julai 2018 Masa : 2.00 Petang sehingga 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg Paya Mengkuang Peserta : 40 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Dashboard Komuniti iaitu My Health, Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga Mobile E-Waste kepada komuniti setempat.
AKTIVITI
Aktiviti yang diadakan pada program tersebutlah adalah taklimat KDB dan E-waste, kuiz online KDB dan E-waste, pemeriksaan tekanan darah, aktiviti mewarna untuk pelajar sekolah rendah, aktiviti mewarna dewasa, word search dan juga cabutan bertuah.
PENGENALAN KEPADA MICROSOFT OFFICE WORD
Tarikh : 27 Julai 2018 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 6 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan. Ia bagi memberi pendedahan kepada peserta bahawa selain penghasilan sesebuah dokumen dan surat, ia mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan lain.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara membuka perisian Microsoft Word dan seterusnya langkah-langkah yang harus dilakukan dalam usaha menghasilkan sebuah dokumen dengan pelbagai menu atau fungsi yang terdapat padanya.
MICROSOFT OFFICE WORD (RESUME)
Tarikh : 8 Julai 2018 Masa : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Pesefta |
TUJUAN
Tujuan kelas Microsoft Word diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Word dalam penghasilan resume.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar ajar cara menghasilkan resume yang ringkas, tepat dan padat dengan penggunaan Microsoft Word
POSTER KREATIF
Tarikh : 19 Julai 2018 Masa : 2.30 Petang sehingga 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti Poster Kreatif ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Powerpoint dalam penghasilan poster. Ia bagi memberi pendedahan kepada peserta bahawa selain penghasilan slide perbentangan, ia mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan lain.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara membuka perisian Microsoft Powerpoint dan seterusnya langkah-langkah yang harus dilakukan dalam usaha menghasilkan sebuah poster yang kreatif dan menarik dengan pelbagai menu atau fungsi yang terdapat padanya.
AKTIVITI CARIAN MAKLUMAT (KENALI SAINS)
Tarikh : 4 Julai 2018 Masa : 2.30 Petang sehingga 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 9 Pesefta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara carian maklumat melalui penggunaan internet.
AKTIVITI
Peserta dibekalkan kepada 10 soalan subjek sains peringkat sekolah rendah. Mereka dikehendaki menjawab kesemua soalan tersebut melalui penggunaan internet.