ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SEMPERNA TEMUDUGA TERBUKA OPERATOR PENGELUARAN

Tarikh      : 2 September 2018

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 2.00 Petang

Lokasi    : Pusat Internet Kg Pondok Chegar

Peserta :  50 Peserta

TUJUAN 

Memperkenal dan mempromosikan Klik Dengan Bijak . Ia merupakan  sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral.

 

AKTIVITI

- Pendedahan kepada Klik Dengan Bijak

-Temuduga terbuka operator pengeluaran

Gambar di sini

 

SEMARAK MERDEKA 2018 PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG DAN PERPUSTAKAAN DESA KG PAYA MENGKUANG

Tarikh   : 30 Ogos 2018

Masa    : 2.00 Petang sehingga 5.00 Tengahari  

Lokasi  :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang 

Peserta : 40 Peserta

 

TUJUAN 

Semperna kedatangan bulan kemerdekaan, program "Semarak Merdeka 2018" telah diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan kemerdekaan, menyemai semangat kemerdekaan serta memupuk sikap sayangkan negara dikalangan peserta.

 

AKTIVITI

- kolaj Sayangi Malaysiaku

- Kuiz KDB dan E-waste

- Aneka Dessert Merdeka

- Basikal ku merdeka

- Puzzle PM Malaysia

- Street Soccer Merdeka

- Motosikal Lambat Merdeka

Gambar di sini

 

LATIHAN KEUSAHAWANAN (MICROSOFT EXCEL)

Tarikh   : 15 Ogos 2018

Masa    : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari  

Lokasi  :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang 

Peserta : 1 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Excel dalam perniagaan. Ia penting dalam urusan perekodan  data seperti alamat, data kewangan perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan. Ia juga sesuai digunakan untuk membuat pengiraan yang mudah dan rumit serta perlu untuk membuat carta dan graf.

 

AKTIVITI

Pada permulaan kelas setiap peserta diberikan penerangan dan tunjuk ajar tentang penggunaan dan fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Excel. Apabila peserta telah memahami segala penerangan dan tunjuk ajar yang disampaikan oleh petugas, peserta diberi latihan yang berkisarkan kepada cara merekod data, membuat pengiraan dan membuat carta dan graf.

Gambar disini

 

 

SEMARAK KEMERDEKAAN BERSAMA KOMUNITI FELDA SUNGAI TIANG

Tarikh   : 18 Ogos 2018

Masa    : 10.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari  

Lokasi  :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang 

Peserta : 53 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk  meraikan kedatangan bulan kemerdekaan dan menyemai semangat kemerdekaan serta sikap sayangkan negara dikalangan peserta terutamanya diperingkat kanak-kanak. 

 

AKTIVITI 

- Mewarna dewasa dan kanak-kanak

- Kuiz Klik Dengan Bijak

- Kuiz E-waste

- Kuiz Kemerdekaan

- Karaoke lagu patriotik

- Sajak kemerdekaan

Gambar di sini

 

KOLAJ KREATIF

Tarikh   : 9 Ogos 2018

Masa    : 3.00 Petang sehingga 5.00 Petang 

Lokasi  :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang 

Peserta : 10 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik seni kolaj dan melatih peserta supaya berfikir secara kreatif. kolaj merupakan teknik potong, koyak, gunting dan tampal cebisan kertas tersebut ke atas sesuatu permukaan atau lukisan sehingga menghasilkan satu gambar yang cantik dan menarik. 

 

AKTIVITI

Peserta dibekalkan beberapa helaian kertas berwarna, gunting, gam dan juga sekeping gambar lukisan yang masih kosong. Mereka dikehendaki mengunting helaian kertas berwarna tersebut dan seterusnya menampal cebisan ke atas  lukisan yang disediakan. Mereka harus menyiapkan sebuah lukisan atau gambar yang cantik, kraetif dan menarik dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Gambar di sini