PROGRAM BUBUR ASSYURA DAN MAJLIS
Tarikh : 8 Oktober 2018 Masa : 9.00 Pagi sehingga 2.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg Pondok Chegar Peserta : 30 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara sesama petugas Pusat Internet di daerah Pendang dan juga komuniti setempat serta mengadakan Majlis Tahlil di atas pemergian suami kepada salah seorang petugas internet di daerah Pendang ini.
AKTIVITI
- Mengacau bubur asyura
- Majlis Tahlil
BENGKEL PENGGUNAAN LAMAN WEB KERAJAAN
Tarikh : 4 Oktober 2018 Masa : 12.00 Tengahari sehingga 1.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Bengkel ini diadakan untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia yang harus dilakukan secara atas talian sekiranya mereka ingin melangsungkan perkahwinan.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuka laman web SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia dan seterusnya cara mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin online.
MY HEALTH PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG 2018 SEMPERNA HARI MALAYSIA
Tarikh : 16 September 2018 Masa : 8.00 Pagi sehingga 2.00 Petang Lokasi : Padang Awam Kg Bukit Raya Dalam Peserta : 32 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta Program Kibar Jalur Gemilang 2018 Semperna Hari Malaysia mengenai kemudahan pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan di semua Pusat Internet daerah Pendang
AKTIVITI
Peserta menjalani ukuran ketinggian, berat, pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula
BENGKEL KEUSAHAWANAN DAN KECANTIKAN BERSAMA AVON
Tarikh : 22 September 2018 Masa : 10.00 Pagi sehingga 1.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 15 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aktiviti perniagaan Avon secara online, produk-produk kecantikan yang terdapat di Avon serta make up demo.
AKTIVITI
- Demo solekan
- Pertandingan solekan terbaik
- Pengenalan kepada aktiviti perniagaan Avon secara online
HARI BERSAMA KOMUNITI FELDA SUNGAI TIANG
Tarikh : 13 September 2018 Masa : 9.00 Pagi sehingga 3.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 100 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang.
AKTIVITI
- Aktiviti sukaneka
- Aktiviti Klik Dengan Bijak
- Aktiviti E-waste
- Aktiviti Dashboard Komuniti
- Aktiviti Celik IT
- Pameran Agensi
- Cabutan Bertuah