PENGENALAN ASAS KOMPUTER

Tarikh     : 2 Oktober 2020

Masa      : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 6 Peserta

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aplikasi asas sesebuah komputer. Hal ini adalah kerana komputer telah menjadi sebahagian perkara penting dalam kehidupan kerana ia amat diperlukan dalam aktiviti penyimpanan rekod,pencarian maklumat,membuat pengiraan dan komunikasi.


AKTIVITI 
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk menghidupkan sesebuah komputer ,pengenalan kepada komponen-komponen utama komputer,pengenalan kepada sistem operasi dan mencipta folder. Mereka diberikan beberapa latihan ringkas .

Gambar disini

 

PROGRAM FAMILY ON ALERT

Tarikh   : 1 Oktober 2020

Masa    : 9.00 Pagi sehingga 1.00 Petang

Tempat : Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tiang

Peserta : 50 Orang

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta yang hadir mengenai langkah keselamatan dan kewaspadaan dalam penggunaan internet bagi mengelakkan mereka terdedah kepada  jenayah siber.

AKTIVITI

Taklimat tersebut dihadiri oleh badan-badan NGO dan Berkanun seperti AADK, LPPKN, Wakil Balai Polis Sungai Tiang, KRT dan banyak lagi. Setiap taklimat disertakan dengan aktiviti bagi menguatkan lagi pemahaman peserta tehadap tajuk yang dibincangkan.Pelbagai taklimat diberikan seperti parental control oleh Pusat Internet Malaysia,ceramah antidadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) serta beberapa ceramah oleh agensi dan badan berkanun yang lain.Majlis diakhiri dengan slot cabutan bertuah dan aktiviti penyampaian hadiah serta sijil penghargaan kepada pihak terlibat di atas kerjasama yang telah diberikan.Majlis ini dianjurkan oleh Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN).

Gambar disini

 

Tarikh      : 25 Disember 2020

Masa      :  10.00 Pagi sehingga 11.00 Pagi  

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :   10 Peserta

 TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi keseronokan serta membuka minda peserta supaya berfikir lebih kreatif dan juga berfikir di luar kotak iaitu berlainan daripada kebiasaan kerana aktiviti word search ini memerlukan mereka untuk mencari beberapa perkataaan tersembunyi yang berkaitan dengan klik dengan bijak iaitu Ia merupakan  sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral. 

AKTIVITI

Mereka harus mencari beberapa perkataaan tersembunyi di dalam himpunan berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus huruf yang berkaitan dengan teknologi dan kesan buruk penggunaan tanpa kawalan.

Gambar di sini

 

 

 

 

MICROSOFT WORD(PLAYING WITH SHAPES,PAGE BORDER,PAGE COLOUR AND PICTURE)

Tarikh     : 26 September 2020

Masa      : 9.30 Pagi sehingga 11.30 Pagi

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 10 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi keseronokkan serta membuka minda peserta supaya berfikir lebih kreatif dan juga berfikir di luar kotak.

AKTIVITI 
Peserta diminta utk membuka microsoft word  dan mereka diberi tunjuk ajar cara menggunakan tetikus bagi membuat bentuk rajah,melukis dan sebagainya. Mereka diminta untuk menggunakan aplikasi yang ada untuk membantu mereka melakar sebarang rajah atau gambar didalam microsoft tersebut.

Gambar di sini

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020

Tarikh    :5 September 2020

Masa     :10.00 Pagi sehingga 1.00 Petang   

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta: 4 orang 

TUJUAN 

Bengkel MIV 2020 secara online diadakan bagi sesi pengenalan tentang objektif utama program MIV.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk mendaftar secara online dipautan yang diberikan sebelum sesi pengenalan dan sesi ceramah secara atas talian dimulakan.Agenda majlis disediakan.

Gambar disini