E-PEMBELAJARAN (PUZZLE ACTIVITY)

Tarikh      : 28 Disember 2020

Masa       : 3.00 Petang sehingga 4.30 Petang 

Lokasi     : Pusat Internet Felda Sungai Tiang    

Peserta   : 3 Peserta

TUJUAN

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan iaitu puzzle secara online.Melalui aktiviti ini, mereka diajar menggunakan tetikus bagi menggerakkan susunan gambar sehingga membentuk sekeping gambar yang lengkap.

AKTIVITI 

Peserta diminta untuk melayari laman web puzzle dan diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi mengerak dan menyusun kepingan gambar yang disediakan.

Gambar disini

 

KELAS MEWARNA ONLINE

Tarikh   :18 Disember 2020

Masa    :9.30 pagi sehingga 10.30 pagi

Tempat :Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :2 orang

TUJUAN

Aktiviti mewarna secara online bagi meningkatkan daya kreativiti peserta disamping mencungkil bakat mereka dalam seni.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk melayari link yang diberikan sebelum memulakan kerja-kerja mewarna. Peserta diberi kebebasan untuk mewarna mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar disini

 

LATIHAN MEDIA BARU (FACEBOOK PAGE)

Tarikh   :17 Disember 2020

Masa   : 3.30 petang sehinggga 5.00 petang

Lokasi  :Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta:1 orang

TUJUAN 

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta untuk lebih mahir dalam penggunaan facebook page. 

AKTIVITI

Peserta diminta untuk melog masuk ke akaun facebook sebelum diajar untuk membuat laman facebook page .Setelah itu ,peserta diajar cara-cara pengendalian dan penggunaan facebook page.Facebook page juga boleh digunakan untuk tujuan mempromosikan jualan,sebaran maklumat atau info selain mempromosikan sesuatu tempat atau agensi.

Gambar disini

 

TAYANGAN VIDEO ADVOKASI 

Tarikh    : 16 Disember 2020

Masa     : 3.00 Petang sehingga 4.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 5 Orang

TUJUAN

Pendedahan mengenai bahayanya penggunaan internet tanpa kawalan sehingga mendorong kepada online grooming iaitu pembentukan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mendengar kata-kata atau suruhan pemangsa untuk tujuan seksual, keganasan dan jenayah.

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program tersebut adalah aktiviti tayangan video online grooming, klik dengan bijak ,buli siber dan penyebaran maklumat palsu.

Gambar disini

E-PEMBELAJARAN (JIGSAW PUZZLE)

Tarikh      : 15 Disember 2020

Masa      :  10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang    

Peserta :   4 Peserta

TUJUAN

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan iaitu puzzle secara online. Hal ini bertujuan untuk memberi kelainan kerana sebelum ini kebanyakkan daripada mereka hanya bermain puzzle secara nyata iaitu lebih kepada menyusun kepingan-kepingan gambar dengan menggunakan jari . Melalui aktiviti ini, mereka terpaksa menggunakan tetikus bagi menggerakkan susunan gambar sehingga membentuk sekeping gambar yang lengkap. Ini merupakan satu teknik bagi melatih mereka untuk lebih berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.

AKTIVITI 

Peserta diminta untuk melayari laman web puzzle iaitu www.jigsawplanet.com . Mereka diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi mengerak dan menyusun kepingan-kepingan gambar sehingga terhasilnya sekeping gambar yang sempurna.

Gambar disini