MOBILE E-WASTE COLLECTION
Tarikh : 25 Februari 2021 Masa : 4.00 Petang sehingga 4.15 Petang Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 orang |
TUJUAN
Memberi kesedaran kepada peserta mengenai keburukan pembuangan e-waste atau e-sisa yang tidak berhemah terhadap kesihatan dan persekitaran yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan ringkas mengenai apa yang dimaksudkan dengan e-waste atau e-sisa. Peserta yang membawa dan mengitar semula perkakas elektrik & elektronik yang telah rosak ke dalam tong e-waste yang disediakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang akan diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memastikan bebasnya aktiviti pembuangan e-waste atau e-sisa yang tidak berhemah.
AKTIVITI PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN MEWARNA KLIK DENGAN BIJAK KATEGORI SEKOLAH RENDAH DI RUMAH
Tarikh :25 Februari 2021 Masa :3.30 Petang sehingga 4.00 Petang Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta: 12 orang |
TUJUAN
Aktiviti penyampaian hadiah kepada peserta yang menyertai pertandingan mewarna klik dengan bijak bagi kategori sekolah rendah.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk mengambil kertas lukisan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang dan diminta menyempurnakan pertandingan dengan melakukan aktiviti mewarna di rumah masing-masing dalam tempoh yang diberikan.Setelah itu peserta diminta untuk menghantar lukisan tersebut untuk dinilai oleh petugas.
E-PEMBELAJARAN (WORD SEARCH PUZZLE )
Tarikh : 24 Februari 2020 Masa : 10.30 Pagi sehingga 11.30 Pagi Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan iaitu puzzle secara online.Melalui aktiviti ini, mereka diajar menggunakan tetikus bagi menggerakkan susunan gambar sehingga membentuk sekeping gambar yang lengkap.Mereka juga diajar untuk membuat aktiviti carian perkataan secara atas talian.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk melayari laman web puzzle dan diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi mengerak dan menyusun kepingan gambar yang disediakan serta membuka laman web untuk aktiviti carian perkataan.
KUIZ SCAM ALERT,ONLINE GROOMING DAN TEKA SILANGKATA KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 25 Februari 2021 Masa : 3.00 Petang sehingga 3.30 Petang Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 5 orang |
TUJUAN
Memberi kesedaran kepada peserta mengenai jenayah penipuan online,buli siber dan klik dengan bijak.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk menyiapkan satu tugasan berupa kuiz mengenai scam alert,online grooming dan teka silangkata klik dengan bijak
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH(PdPR)
Tarikh : 14 Februari 2021 Masa : 3.00 Petang sehingga 6.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) di Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang,
AKTIVITI
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) diadakan supaya pelajar tidak ketinggalan dalam modul pembelajaran sepanjang pandemik covid-19.Aktiviti ini sekaligus dapat membantu murid menyiapkan tugasan secara offline dan juga secara atas talian dengan capaian internet yang baik.