PUZZLE ACTIVITY FOR KIDS
Tarikh :1 April 2021 Masa :10.30 Pagi hingga 11.30 Pagi Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta: 4 Peserta |
TUJUAN
Permainan puzzle mudah untuk kanak-kanak di awal persekolahan.
AKTIVITI
Peserta diajar cara melayari laman web jigsaw puzzle dan diberi tunjuk ajar cara bermain permainan puzzle. Tahap permainan jugak dimulakan dengan jenis puzzle yang ringkas dan mudah sebelum memulakan puzzle yang agak rumit. Permainan ini dapat menarik minat peserta yang rata-ratanya masih diawal sekolah rendah untuk berfikir dengan lebih kreatif.
LATIHAN MEDIA BARU (FACEBOOK PAGE)
Tarikh :29 Mac 2021 Masa :11.30 Pagi sehinggga 12.30 Tengahari Lokasi :Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta :1 orang |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta untuk lebih mahir dalam penggunaan facebook page.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk melog masuk ke akaun facebook terlebih dahullu sebelum diajar untuk mencipta laman facebook page .Setelah itu ,peserta diajar cara-cara pengendalian dan penggunaan facebook page.
TYPING ACTIVITY (SHORT ESSAY)
Tarikh : 22 Mac 2021 Masa : 3.30 Petang sehingga 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta : 6 Peserta |
TUJUAN
Memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta dalam memantapkan skil menaip dalam Bahasa Enggeris agar peserta dapat menaip dengan lebih pantas tanpa sebarang kesalahan ejaan disamping menambah ilmu pengetahuan.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk membuka microsoft word dan diberi petikan teks karangan dalam bahasa inggeris.Seterusnya mereka diminta untuk menaip semula petikan karangan yang diberikan dalam tempoh masa yang diberikan.
E-PEMBELAJARAN(PERMAINAN AKADEMIK(MATEMATIK))
Tarikh : 26 Mac 2021 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta : 5 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengasah minda peserta dalam pengiraan asas matematik.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk melayari laman web yang diberikan dan seterusnya diajar cara menjawab soalan-soalan yang terdapat didalam laman web berkenaan.Laman web yang diberikan ialah sifirdarab.com dimana asas sifir diketengahkan bagi memantapkan daya fikir peserta dalam menjawab sifir secara tidak langsung memudahkan mereka dalam menghafal sifir.
JOM MENAIP
Tarikh : 20 Mac 2021 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Memupuk minat peserta serta memantapkan kemahiran mereka dalam kerja-kerja menaip.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk membuka microsoft word dan diberi petikan teks karangan .Seterusnya mereka diminta untuk menaip semula petikan yang diberikan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengasah kebolehan menaip peserta sekaligus menghasilkan masyarakat yang berkebolehan dalam menaip.