PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2021

Tarikh    :24 April 2021

Masa     :3.00 Petang   

Tempat  : Pusat Internet  Komuniti Felda Sungai Tiang

Peserta : 20 orang 

 TUJUAN 

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi video kreatif 2021.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk mendaftarkan diri masing-masing sebelum majlis bermula.Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh petugas PIK Felda Sungai Tiang.Pemenang tempat pertama hingga kesepuluh diberikan hadiah berupa wang tunai.

Gambar disini

E-TUISYEN (MATEMATIK)

Tarikh   :  24 April 2021

Masa    :  9.00 Pagi sehingga 10.30 Pagi

Tempat :  Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang

Peserta : 3 Orang

TUJUAN 

Pembelajaran secara atas talian (kelas tambahan) matapelajaran Matematik bagi peringkat sekolah rendah.

AKTIVITI

Program E-Tuisyen anjuran bersama guru-guru sekolah yang berpengalaman dalam mendidik para pelajar dengan matapelajaran masing-masing ini diadakan bagi membantu pelajar untuk lebih mahir memandangkan aktiviti pembelajaran di sekolah tidak dapat berjalan seperti biasa dan menyebabkan pelajar-pelajar agak ketinggalan dalam pelajaran disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda global. Melalui inisiatif ini pelajar dapat belajar dengan guru dari pelbagai negeri di dalam Malaysia sekaligus dapat belajar dengan skil yang berbeza-beza.Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar semula setelah sekian lama bercuti dan tidak hadir ke sekolah. Tambahan pula,program E-Tuisyen ini diadakan secara atas talian sekaligus menarik minat pelajar untuk mengambil bahagian dalam kelas-kelas yang disediakan.

Gambar disini

 

AKTIVITI MEWARNA ONLINE

Tarikh   :  23 Mei 2021

Masa    : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 5 Orang

TUJUAN

Menarik minat peserta terutamanya di peringkat sekolah rendah dalam seni visual serta mengasah bakat sedia ada peserta dalam mewarna khususnya secara online. Aktiviti ini secara tidak langsung menjadikan peserta berfikiran dengan lebih kreatif.

AKTIVITI

Peserta diajar untuk membuka laman web yang diberikan sebelum memulakan aktiviti mewarna. Peringkat mewarna dimulai dengan peringkat mudah hingga ke sederhana.

Gambar disini

 

JOM MEMBACA 10 MINIT

Tarikh   :  22 April 2021

Masa    : 11.00 Pagi sehingga 11.30 Pagi

Tempat : Tadika Kemas Felda Sungai Tiang

Peserta : 15 Orang

TUJUAN

Memupuk budaya membaca seawal usia kanak-kanak. 

AKTIVITI

Program membaca yang mengambil masa selama 10 minit dan melibatkan pelajar-pelajar tadika ini diadakan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat terutamanya seawal usia kanak-kanak. Program ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat membaca dalam kalangan peserta sekaligus dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

Gambar disini

 

MENGENAL NOMBOR MELALUI PERMAINAN PENDIDIKAN ONLINE (MATEMATIK)

Tarikh     :  9 April 2021

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Lokasi    :  Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang  

Peserta  :  3 Peserta

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengasah minda peserta dalam pengiraan asas matematik.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk melayari laman web yang diberikan dan seterusnya diajar cara menjawab soalan-soalan yang terdapat didalam laman web berkenaan.Peserta diajar untuk mencari nombor-nombor tersembunyi.Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melatih peserta megenal nombor dengan lebih mudah.

Gambar disini