PROGRAM E-TUISYEN (MATEMATIK)

Tarikh   :  18 September 2021

Masa    :  9.00 Pagi sehingga 10.45 Pagi

Tempat :  Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang

Peserta : 2 Orang

TUJUAN 

program kelas tambahan matapelajaran Matematik bagi peringkat sekolah rendah.

AKTIVITI

Program E-Tuisyen kerjasama bersama guru-guru sekolah seluruh Malaysia. Melalui inisiatif ini pelajar dapat belajar dengan kaedah yang lebih menarik dan dapat memberikan sepenuh tumpuan tanpa sebarang gangguan dengan capaian internet yang baik.Bagi kelas kali ini hanya seorang peserta yang menggunakan pik untuk mengikuti sesi pembelajaran manakala lagi seorang peserta mengikuti kelas secara ata talian di rumah.

Gambar disini

PENAMBAHBAIKAN RESUME DAN MENGISI BORANG KERJA ONLINE

Tarikh         :  2 September 2021

Masa           : 10.00 Pagi hingga 11.30 Pagi

lokasi          : Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Tiang

Peserta       : 1 Peserta

TUJUAN

Peserta diajar untuk membuat resume mengikut tahap kesesuaian semasa dan cara mengisi borang kerja secara atas talian.

AKTIVITI

Peserta diberi contoh resume terbaru dan diminta untuk membuat pengubahsuaian mengikut kehendak semasa yang lebih kemas dan menarik. Peserta turut diberi tunjuk ajar dan cara membuat resume dengan cara yang lebih kreatif. Setelah itu,peserta diajar cara mengisi borang kekosongan kerja di laman web syarikat yang ditawarkan dan cara memuatnaik resume ke dalam web tersebut.

Gambar disini

 

Tarikh    : 2 Ogos 2021

Masa     : 10.30 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Tempat  : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 5 orang

TUJUAN

Membantu golongan komuniti untuk memulakan bisness melalui platfom E-Dagang.

AKTIVITI

Program mulakan bisness E-Dagang anda ini adalah program kerjasama Shopee bersama MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).Program kolobrasi buat julung kalinya ini mendapat sambutan yang agak hangat dalam kalangan masyarakat  disamping jumlah tempat untuk peserta yang mendaftar juga adalah terhad. Program ini diadakan secara atas talian dimana peserta diberi pilihan untuk menjalani sesi latihan tersebut secara atas talian dikediaman masing-masing ataupun secara atas talian di Pusat Internet Komuniti.Terdapat seorang sahaja perserta yang mengikuti latihan tersebut di PIK Felda Sungai Tiang manakala 4 orang peserta yang lain mengikuti sesi latihan tersebut dirumah.Walaubagaimanapun peserta diberikan rakaman video slot diakhir program.

Gambar disini

 

 

 

 

0

Gambar disini

Tarikh    : 14 Ogos 2021

Masa     : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Tempat  : Secara Atas Talian

Peserta : 5 orang

TUJUAN

Membantu golongan komuniti untuk memulakan bisness melalui platfom E-Dagang.

AKTIVITI

Program mulakan bisness E-Dagang anda ini adalah program kerjasama Shopee bersama MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Program ini diadakan secara atas talian dimana peserta diberi pilihan untuk menjalani sesi latihan tersebut secara atas talian dikediaman masing-masing ataupun secara atas talian di Pusat Internet Komuniti.Terdapat seorang sahaja perserta yang mengikuti latihan tersebut di PIK Felda Sungai Tiang manakala 4 orang peserta yang lain mengikuti sesi latihan tersebut dirumah.Walaubagaimanapun peserta diberikan rakaman video slot diakhir program.Tambahan ini merupakan slot kedua ebagai sambungan selepas slot pertama diadakan pada 2 Ogos 2021.

Gambar disini

Tarikh    : 29 Mei 2021

Masa     : 10.30 Pagi sehingga 11.00 Pagi

Tempat  : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 3 orang

TUJUAN

Memberi kesedaran kepada peserta mengenai pengumpulan sisa barangan elektronik (mobile e-waste). 

AKTIVITI

Peserta diberi set kuiz objektif berkaitan pengumpulan e-sisa(mobile e-waste). Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang pengurusan lambakan sisa elektronik dan diberi tunjuk ajar mengenai tatacara pengumpulan sisa.

Gambar disini