ASAS MICROSOFT POWERPOINT

Tarikh     : 24 Mac 2023

Masa      : 11.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang 

Peserta  : 3 Peserta

 TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunaan serta fungsi microsoft powerpoint dan pendedahan kepada aktiviti penghasilan pembentangan yang mengandungi contoh, gambar, dan sebagainya. Powerpoint digunakan untuk menghasilkan pembentangan bagi menyampaikan maklumat, idea, laporan dan sebgainya kepada kumpulan orang yang ramai dengan lebih berkesan.

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara memulakan microsoft powerpoint serta fungsi-fungsi yang terdapat padanya. Setelah itu peserta dikehendaki menghasilkan satu slide perbentangan bertajuk bebas yang menarik, kemas dan kreatif.

Gambar disini

 

 

MICROSOFT WORD (MENAIP)

Tarikh     : 22 Mac 2023

Masa      : 2.35 Petang hingga 4.35 Petang

Lokasi    :  Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 3 Peserta

TUJUAN

Kelas ini diadakan untuk memantapkan skil menaip peserta.

AKTIVITI 

Peserta diberi penerangan cara menggunakan microsoft word dan asas menaip dengan betul.Peserta diberikan teks berupa karangan untuk ditaip semula di dalam microsoft word.Kelas ini diadakan bagi mengasah kemahiran menaip peserta sekolah rendah.Terdapat peserta OKU yang menyertai kelas ini.

Gambar disini

 

HARI BERTEMU PELANGGAN PERINGKAT DAERAH PENDANG

Tarikh    : 16 Mac 2023

Masa     : 9.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Tempat  : TKPM Bukit Perak Pendang

Peserta : 30 Orang

TUJUAN

Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah Pendang.

AKTIVITI

Program ini adalah salah satu usaha untuk mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan mahupun aduan secara terus kepada Pejabat Pertanian Daerah Pendang. Disamping itu,Pejabat Pertanian dapat mewar-warkan kepada masyarakat berkaitan program dan perkhidmatan mereka.Terdapat pelbagai booth termasuk booth pameran Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Pendang serta pendaftaran ahli PEDi berbayar dan juga gerai jualan hasil pertanian setempat.Selain itu,terdapat juga kursus pertanian yang ditawarkan dan dijalankan pada hari berkenaan.Secara tidak langsung program ini dapat mengeratkan jalinan hubungan diantara jabatan dengan semua pihak seperti masyarakat setempat, jabatan-jabatan,PEDi dan sebagainya.

Gambar disini

 

KELAS ASAS SHOPEE

Tarikh    : 22 Mac 2023

Masa     : 10.00 Pagi sehingga 11.30 Pagi

Tempat  : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang

Peserta : 2 Orang

TUJUAN

Kelas asas shopee untuk permulaan.

AKTIVITI

Peserta diajar cara asas shopee seperti mencipta akaun shopee,cara meletakkan gambar produk yang dijual seterusnya hingga pengeposan barang.

Gambar disini

 

MATH EDUCATION ACTIVITIES

Tarikh    : 17 Mac 2023

Masa     : 2.45 Petang sehingga 3.45 Petang

Tempat  : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang

Peserta : 4 Orang

TUJUAN

Kelas permainan berunsur pendidikan secara atas talian.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk menjawab soalan-soalan matematik yang diberikan.Peringkat soalan dimulai dengan peringkat mudah hingga ke sederhana.Kelas ini diadakan bagi pelajar sekolah rendah.

Gambar disini