ASAS MICROSOFT POWERPOINT(DESIGN,TRANSITIONS AND SLIDE SHOW)
Tarikh : 7 Jun 2023 Masa : 11.05 Pagi sehingga 1.05 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Orang |
TUJUAN
Kelas microsoft powerpoint bagi pelajar lepasan SPM.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara menggunakan microsoft powerpoint serta fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut .Peserta juga diajar cara menggunakan design serta menggunakan transitions yang ada bagi menghasilkan satu slide perbentangan bertajuk bebas yang menarik, kemas dan kreatif.
E-PEMBELAJARAN (ONLINE JIGSAW PUZZLES)
Tarikh : 3 Januari 2023 Masa : 10.20 Pagi sehingga 11.20 Pagi |
Peserta diminta untuk membuka laman website yang diberikan dan diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi menggerakkan susunan gambar.Kelas ini juga dapat mengasah fikiran peserta agar lebih kreatif.Kelas ini sering diadakan bagi murid sekolah rendah disebabkan faktor yang mudah untuk difahami dan dipelajari.Terdapat pelbagai jenis puzzle dari tingkat mudah hingga yang agar rumit untuk diselesaikan.
MICROSOFT WORD (RESUME)
Tarikh : 1 Jun 2023 Masa : 10.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk menambah baik kemahiran peserta dalam menaip resume.
AKTIVITI
Peserta diberi contoh resume terbaru dan peserta diminta untuk menaip semula resume berkenaan mengikut maklumat peribadi sendiri. Microsoft word digunakan dalam kelas ini.
ASAS MICROSOFT POWERPOINT (PENGENALAN KEPADA POWERPOINT)
Tarikh : 1 Jun 2023 Masa : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunaan serta fungsi microsoft powerpoint dan pendedahan kepada aktiviti penghasilan pembentangan yang mengandungi contoh, gambar, dan sebagainya.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara memulakan microsoft powerpoint serta fungsi-fungsi yang terdapat padanya. Setelah itu peserta dikehendaki menghasilkan satu slide perbentangan bertajuk bebas yang menarik, kemas dan kreatif.
KELAS KEUSAHAWANAN(DEMO MASAKAN DAN PENGIRAAN KOS(BOMBOLONI))
Tarikh : 20 Mei 2023 Masa : 11.00 Pagi sehingga 1.30 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 5 Orang |
TUJUAN
Kelas demo masakan ini bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mahir dalam bidang pembuatan makanan dan juga pengiraan kos yang sebenar.
AKTIVITI
Peserta diajar cara membuat doh dari asas hingga selesai termasuk cara membuat inti bomboloni.Melalui kelas ini peserta dapat belajar sendiri cara mengguli doh bomboloni sehingga menjadi sebiji bomboloni siap beserta inti.Setelah itu, peserta juga diajar cara membuat pengiraan kos untuk sebiji bomboloni.