WORD SEARCH AND COLORING ONLINE
Tarikh : 17 November 2022 Masa : 2.15 Petang sehingga 3.15 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Peserta |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada peserta kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara menggerakkan tetikus dan mencari perkataan-perkataan yang diminta.Melalui aktiviti ini,peserta dapat mengasah kemahiran dalam keupayaan berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.Selain itu,peserta juga diminta untuk menyiapkan tugasan mewarna secara atas talian.Bagaimanapun tugasan aktiviti ini hanya diberikan kepada pelajar sekolah rendah.
ASAS MICROSOFT WORD
Tarikh : 15 November 2022 Masa : 2.15 Petang sehingga 3.15 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada microsoft word.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan tentang fungsi microsoft word dan cara untuk menggunakannya.
E-PEMBELAJARAN(PERMAINAN BERUNSUR PENDIDIKAN)
Tarikh : 8 November 2022 Masa : 2.15 Petang sehingga 3.15 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Orang |
TUJUAN
Kelas permainan berunsur pendidikan secara atas talian.
AKTIVITI
Peserta diajar cara menggunakan tetikus bagi menyusun dan menjawab soalan-soalan yang diberikan.Peringkat soalan dimulai dengan peringkat mudah hingga ke sederhana.Kelas ini diadakan bagi pelajar sekolah rendah.
KELAS KEUSAHAWANAN(DEMO MASAKAN DAN PENGIRAAN KOS(ROTI SOSEJ&ROTI CHEESE MANIS))
Tarikh : 10 November 2022 Masa : 10.00 Pagi sehingga 1.00 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 7 Orang |
TUJUAN
Kelas demo masakan ini bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mahir dalam bidang pembuatan makanan dan juga pengiraan kos yang sebenar.
AKTIVITI
Peserta diajar cara membuat roti dari asas hingga selesai menghias dan membakar.Melalui kelas ini peserta dapat belajar sendiri cara mengguli doh roti sehingga selesai.Setelah itu, peserta juga diajar cara membuat pengiraan kos untuk sebiji roti.
COLORING ONLINE CLASS
Tarikh : 5 November 2022 Masa : 3.30 Petang sehingga 4.30 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Orang |
TUJUAN
Kelas mewarna secara atas talian.
AKTIVITI
Peserta diajar cara menggunakan tetikus bagi mewarna gambar yang diberikan.Peringkat mewarna dimulai dengan peringkat mudah hingga ke sederhana.Kelas ini diadakan bagi pelajar pra sekolah.