SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA PEDi KLUSTER PENDANG

Tarikh    : 15 September 2022

Masa     : 2.30 Petang sehingga 5.30 Petang

Lokasi   : PEDi Kampung Pondok Chegar  

Peserta : 30 Peserta

TUJUAN

Sambutan Hari Malaysia bersama PEDi Kluster Pendang.

AKTIVITI

Sambutan Hari Malaysia  bersama yang diadakan di PEDi Kmpung Pondok Chegar ini dihadiri oleh 8 buah PedI Kluster Pendang dan beberapa buah tadika serta waris-waris pelajar.Sambutan ini diadakan bagi memperingati hari penubuhan Malaysia.Terdapat pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan dan pertandingan kostum kreatif serta aktiviti mewarna.Tambahan,slot akhir diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama semua peserta.

Gambar disini

 

CANVA.COM

Tarikh     :  17 Ogos 2022

Masa      : 3.15 Petang sehingga 4.15 Petang

Lokasi    :  Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang 

Peserta  : 1 Orang

TUJUAN

Kelas ini bertujuan menerangkan aplikasi canva.com dan cara menggunakannya.

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan canva.com serta fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut .Peserta diminta untuk membuat poster kemerdekaan menggunakan aplikasi canva memandangkan Hari Kemerdekaan bakal menjelang tiba.

Gambar disini

 

 

THE  WORD SEARCH 

Tarikh      : 17 Ogos 2022

Masa       : 3.30 Petang sehingga 4.30 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang    

Peserta   : 5 Peserta

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada peserta kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan.

AKTIVITI 

Peserta diberi tunjuk ajar cara menggerakkan tetikus dan mencari perkataan-perkataan yang diminta.Melalui aktiviti ini,peserta dapat mengasah kemahiran dalam keupayaan  berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.Bagaimanapun tugasan aktiviti ini hanya diberikan kepada pelajar sekolah rendah.

Gambar disini

 

 

Tarikh    : 13 Ogos 2022

Masa     : 11.15 Pagi sehingga 11.45 Pagi

Tempat  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang

Peserta : 4 orang

TUJUAN

Memberi kesedaran dan pembelajaran kepada peserta dengan adanya program klik dengan bijak.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk menyiapkan  tugasan berupa teka silangkata klik dengan bijak.Program KDB ini dapat memberi kesedaran dan juga pengajaran kepada peserta kepada jenayah dan permasalahan diatas talian serta cara menanganinya.

Gambar disini