MATH GAME ACTIVITIES
Tarikh : 24 Disember 2022 Masa : 11.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 5 Orang |
TUJUAN
Kelas permainan berasaskan pelajaran subjek matematik secara atas talian.
AKTIVITI
Peserta diajar cara menjawab soalan matematik dalam permainan yang diberikan.Peringkat soalan dimulai dengan peringkat mudah hingga ke sederhana.Kelas ini diadakan bagi pelajar sekolah rendah.Tambahan,permainan seperti ini dapat meningkatkan pemikiran yang kreatif dan berdaya saing dalam pembelajaran serta dapat mengelakkan peserta dari bosan.
JIGSAW PUZZLE
Masa : 4.00 Petang sehingga 5.00 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang |
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan tetikus bagi menggerakkan susunan gambar.Melalui kelas ini,peserta dapat mengasah fikiran dengan lebih kreatif.Kelas ini sering diadakan bagi murid sekolah rendah.
BENGKEL DIGITAL MARKETING SHOPEE BERSAMA BELIA
Tarikh : 15 Disember 2022 Masa : 9.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Tempat : Dewan Serbaguna Masjid Al-Falah Sungai Tiang Peserta : 8 orang |
TUJUAN
Membantu golongan komuniti untuk memulakan bisness melalui platfom E-Dagang.
AKTIVITI
Program mulakan bisness E-Dagang anda ini adalah program kerjasama PEDi Felda Sungai Tiang bersama Belia Felda Sungai Tiang. Program ini diadakan secara bersemuka bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Al-Falah.Terdapat 8 orang perserta yang mengikuti latihan tersebut. Walaubagaimanapun peserta diberikan slide kandungan nota berkenaan penjualan di shopee bermula dari penciptaan akaun Shopee sehingga cara pengeposan dan cara kredit pendapatan.
AKTIVITI RADIO BURUK DAN WORD SEARCH MAKLUMAT SEARCH
Tarikh : 21 Disember 2022 Masa : 11.15 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 7 Orang |
TUJUAN
Permainan ini bertujuan mengenalkan peserta kepada permainan tradisional supaya permainan seperti ini tidak lapuk dek zaman.
AKTIVITI
Permainan radio buruk atau radio rosak terkenal sebagai permainan tradisional masyarakat terdahulu. Permainan ini seringkali dilupakan pasca arus pemodenan hari ke hari.Permainan ini menggunakan ayat peribahasa dan perlu disertai oleh beberapa orang pemain. contoh ayat permainan radio buruk:
Ahmad budak petah, ibunya bernama Bedah, ayahnya bernama Samad, ahmad buat tak endah, akhirnya terima padah, ibarat jatuh ditimpa tangga.
maksud tersirat : jika kita tidak mendengar kata ibu bapa kita maka kita akan menerima padahnya.
AKTIVITI MENAIP (WORD)
Tarikh : 12 Disember 2022 Masa : 2.45 Petang sehingga 4.00 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk memantapkan skil menaip peserta.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan cara menggunakan microsoft word dan asas menaip dengan betul.Peserta diberikan teks berupa karangan Bahasa Engeris untuk ditaip semula di dalam microsoft word.Kelas ini diadakan bagi mengasah kemahiran menaip peserta terutamanya bagi pelajar sekolah menengah.