MATHS GAME EDUCATION
Tarikh : 20 Januari 2023 Masa : 3.15 Petang sehingga 4.15 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 5 Orang |
TUJUAN
Kelas permainan berasaskan pelajaran subjek matematik secara atas talian.
AKTIVITI
Peserta diminta menjawab soalan matematik dalam permainan yang diberikan.Peringkat soalan dimulai dengan peringkat mudah hingga ke sederhana.Kelas ini diadakan bagi pelajar sekolah rendah.
WORD SEARCH ONLINE ACTIVITIES
Tarikh : 18 Januari 2023 Masa : 2.30 Petang sehingga 3.30 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Peserta |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada peserta kepada aplikasi permainan berunsurkan pendidikan.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk mencari perkataan-perkataan yang disenaraikan permainan tersebut mengikut tahap yang dipilih.Melalui aktiviti ini,peserta dapat mengasah kemahiran dalam keupayaan berfikir dengan lebih kreatif.Bagaimanapun tugasan aktiviti ini hanya diberikan kepada pelajar sekolah rendah.
ASAS MICROSOFT WORD
Tarikh : 13 Januari 2023 Masa : 3.00 Petang sehingga 4.00 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 9 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada microsoft word.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan tentang fungsi microsoft word dan cara untuk menggunakannya.
ASAS MICROSOFT WORD (MENAIP) OKU
Tarikh : 14 Januari 2023 Masa : 10.15 Pagi hingga 11.15 Pagi Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk memantapkan skil menaip peserta OKU.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan cara menggunakan microsoft word dan asas menaip dengan betul.Peserta diberikan teks berupa karangan untuk ditaip semula di dalam microsoft word.Kelas ini diadakan bagi mengasah kemahiran menaip peserta terutamanya bagi pelajar sekolah menengah yang memegang status OKU.
QUIZIZZ (MAKLUMAT PALSU)
Tarikh : 11 Januari 2023 Masa : 3.00 Petang hingga 4.00 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Tiang Peserta : 12 Orang |
TUJUAN
Memberi kesedaran kepada peserta mengenai jenayah penipuan online,buli siber dan juga maklumat palsu.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk menyiapkan satu tugasan berupa kuiz online di laman web Quizizz mengenai penipuan online,buli siber dan juga maklumat palsu.