AKTIVITI RADIO BURUK DAN WORD SEARCH MAKLUMAT SEARCH

Tarikh   :  21 Disember 2022

Masa    :  11.15 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Tempat :  Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang

Peserta : 7 Orang

TUJUAN

Permainan ini bertujuan mengenalkan peserta kepada permainan tradisional supaya permainan seperti ini tidak lapuk dek zaman.

AKTIVITI

Permainan radio buruk atau radio rosak terkenal sebagai permainan tradisional  masyarakat terdahulu. Permainan ini seringkali dilupakan pasca arus pemodenan hari ke hari.Permainan ini menggunakan ayat peribahasa dan perlu disertai oleh beberapa orang pemain. contoh ayat permainan radio buruk:

Ahmad budak petah, ibunya bernama Bedah, ayahnya bernama Samad, ahmad buat tak endah, akhirnya terima padah, ibarat jatuh ditimpa tangga.

maksud tersirat : jika kita tidak mendengar kata ibu bapa kita maka kita akan menerima padahnya.

Gambar disini

 

 

Tarikh    : 15 Disember 2022

Masa     : 9.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Tempat  : Dewan Serbaguna Masjid Al-Falah Sungai Tiang

Peserta : 8 orang

TUJUAN

Membantu golongan komuniti untuk memulakan bisness melalui platfom E-Dagang.

AKTIVITI

Program mulakan bisness E-Dagang anda ini adalah program kerjasama PEDi Felda Sungai Tiang bersama Belia Felda Sungai Tiang. Program ini diadakan secara bersemuka bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Al-Falah.Terdapat 8 orang perserta yang mengikuti latihan tersebut. Walaubagaimanapun peserta diberikan slide kandungan nota berkenaan penjualan di shopee bermula dari penciptaan akaun Shopee sehingga cara pengeposan dan cara kredit pendapatan.

gambar disini

 

Tarikh    : 10 Disember 2022

Masa     : 3.45 Petang sehingga 4.45 Petang

Tempat  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang

Peserta : 5 orang

TUJUAN

Memberi kesedaran dan pembelajaran kepada peserta dengan adanya program klik dengan bijak.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk menyiapkan tugasan berupa jigsaw puzzle dan juga word search Klik dengan Bijak.Program KDB ini dapat memberi kesedaran dan juga pengajaran kepada peserta kepada jenayah dan permasalahan diatas talian serta cara menanganinya.

Gambar disini

 

 

AKTIVITI MENAIP (WORD)

Tarikh    : 12 Disember 2022

Masa     : 2.45 Petang sehingga 4.00 Petang

Lokasi   : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang  

Peserta : 4 Peserta

TUJUAN

Kelas ini diadakan untuk memantapkan skil menaip peserta.

AKTIVITI 

Peserta diberi penerangan cara menggunakan microsoft word dan asas menaip dengan betul.Peserta diberikan teks berupa karangan Bahasa Engeris untuk ditaip semula di dalam microsoft word.Kelas ini diadakan bagi mengasah kemahiran menaip peserta terutamanya bagi pelajar sekolah menengah. 

Gambar disini

 

 

ASAS MICROSOFT WORD (MENAIP) OKU

Tarikh    : 9 Disember 2022

Masa     : 3.45 Petang sehingga 5.45 Petang

Lokasi   : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Tiang  

Peserta : 2 Peserta

TUJUAN

Kelas ini diadakan untuk memantapkan skil menaip peserta OKU.

AKTIVITI 

Peserta diberi penerangan cara menggunakan microsoft word dan asas menaip dengan betul.Peserta diberikan teks berupa karangan untuk ditaip semula di dalam microsoft word.Kelas ini diadakan bagi mengasah kemahiran menaip peserta terutamanya bagi pelajar sekolah menengah yang memegang status OKU.

Gambar disini